Ada Yang Masih Berjiwa ‘Muda’ Dan Produktif, Azalina Othman Cadang Naik Had Umur Persaraan Kepada 65 Tahun

Berita

Ada Yang Masih Berjiwa ‘Muda’ Dan Produktif, Azalina Othman Cadang Naik Had Umur Persaraan Kepada 65 Tahun

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, mencadangkan agar kerajaan menimbang untuk memanjangkan had umur persaraan wajib daripada 60 kepada 65 tahun, lapor Awani.

Azalina yang berkongsi pandangan peribadinya berkata, adalah suatu kerugian apabila individu diwajibkan bersara pada usia 60 tahun walaupun masih bertenaga, produktif dan mampu terus menyumbang kepada pasaran tenaga kerja.

Advertisement

Mungkin kerajaan boleh pertimbang umur 65 tahun (persaraan). Ini pandangan peribadi saya, bukan pandangan Kabinet. Ada pegawai yang kami temui masih muda (jiwanya) dan aktif. Cuma mereka dah capai umur (persaraan wajib) 60 tahun.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 dan program ‘Jasamu Dikenang’ 2025 anjuran kementeriannya di sini, hari ini.

Menurut Azalina, beberapa negara termasuk negara ASEAN yang dilawatinya membenarkan rakyat terus berkhidmat sehingga usia 70-an, malah terdapat juga hakim yang dibenarkan berkhidmat sehingga umur 65 atau 70 tahun.

Di Malaysia, umur persaraan wajib bagi penjawat awam kini ditetapkan pada 60 tahun, selari dengan had umur minimum persaraan pekerja sektor swasta di bawah Akta Umur Persaraan Minimum 2012.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kerajaan akan kaji punca kediaman rosak ketika rehearsal lima
17 hours ago

Kerajaan Akan Kaji Punca Kediaman Rosak Akibat Latihan LIMA'25 - "Dulu Ada Ayam Mati, Macam-Macam Berlaku"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...