Seorang usahawan tular apabila dirinya yang berketurunan dari Kemboja itu mengakui dia lebih rajin jika dibandingkan dengan orang Melayu yang pemalas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Setelah menerima kecaman hebat dari netizen, pelakon dan usahawan Datin Zarina Zainuddin juga terpanggil untuk menyangkal persepsi usahawan bernama Madame Mariyah itu melalui sebuah video.
Eh Mariyah, tak kisah orang negeri mana pun, orang Melayu ada yang rajin lah.
Orang bangsa lain pun ada yang rajin ada yang malas, sama je.
@zarinazainuddinzz♬ original sound – Pulut Kuning Zarina Zainuddin
Video dimuat naik di TikTok yang meraih hampir dua juta penonton itu memaparkan Zarina yang bengang dengan kenyataan Madame Mariyah itu. Katanya, di negeri mana pun ada orang Melayu yang rajin.
Bukan itu sahaja, dia juga menegaskan tak mengira bangsa pasti ada yang rajin dan malas. Asal usul bukanlah yang menentukan jika seseorang itu rajin ataupun tidak. Rata-rata netizen juga bersetuju dengan kenyataan pelakon tersebut yang membelahi orang Melayu kita.
Terdahulu, usahawan yang bukan berasal dari Malaysia ini dihentam oleh warganet yang berang kerana dipukul rata dikatakan malas bekerja. Namun, Mariyah juga telah memadam video tersebut dan meminta maaf secara terbuka tempoh hari.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trendin yang lain pada pautan di bawah.