Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, membuatkan netizen berasa risau disebabkan keadaannya ketika sedang melakukan sesi siaran langsung di TikTok pada Selasa malam.
Difahamkan, ketika sesi ‘live’ tersebut suami Datin Shahida tersebut dikatakan tiba-tiba menggeletar dan usahawan berusia 38 tahun itu berkata dia mengalami simptom luar biasa seperti tompok-tompok merah pada kulit.
Jujurnya ada orang kata saya kena ‘jilat jin’ tapi saya sendiri pun tak pasti. Badan saya penuh bertompok merah dan susah sangat nak tidur. Ini pertama kali saya alami perkara begini.
Tambah Aliff, dia terus bergegas ke hospital pada malam yang sama selepas berasa tidak selesa gara-gara mengalami simptom-simptom itu dan telah mendapatkan rawatan.
Bukan gimik
Dalam pada itu, Aliff menepis dakwaan segelintir pihak bahawa dia mencipta gimik dan menegaskan dia benar-benar merasakan kesakitan itu.
Orang sangka gimik sakit, tapi saya tak tipu. Saya pun tak minta jadi macam ni. Saya harap tidaklah sampai ada yang nak kenakan saya. Tapi dalam dunia bisnes, perkara macam tu memang tak mustahil berlaku.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.