“Ada Yang Kata Saya Gilakan Harta” – Lelaki Ini Kongsi Kisah Nikahi Doktor 18 Tahun Lebih Tua

Kehidupan

“Ada Yang Kata Saya Gilakan Harta” – Lelaki Ini Kongsi Kisah Nikahi Doktor 18 Tahun Lebih Tua

Usahawan tudung, Mohd Shahril Tuah atau Aril, 38, menafikan dakwaan dia berkahwin dengan wanita lebih berusia kerana gilakan harta.

Katanya,

Advertisement

Saya tak cari pasangan berdasarkan rupa atau harta, tapi semua aspek, paling penting keperibadiannya.

Sebelum ini, Aril mencuri perhatian di TikTok apabila sering berkongsi momen mesra bersama isterinya, Dr Zahida, 56, walaupun berbeza usia 18 tahun.

@arilbertuahAllahummabarik Masih single? Usah gentar usah khawatir, Kerana jodoh korang belum lahir.

♬ original sound – joey

Perkenalan mereka bermula apabila Aril menemani ibunya ke klinik milik Dr Zahida. Tertarik dengan kelembutan dan cara isterinya memberi nasihat, dia mula mengenali wanita itu lebih dekat. Katanya,

Kali pertama jumpa isteri waktu bawa emak datang berubat… di situlah permulaan kami berkenalan.

Selepas tiga tahun berkawan dan mendapat restu keluarga, mereka berkahwin. Aril bersyukur rumah tangga mereka kekal bahagia hingga kini walaupun pernah melalui pelbagai cabaran.

Dr Zahida pula mengakui tidak pernah terfikir untuk berkahwin semula selepas kehilangan suami. “Apa yang penting kena jujur dengan satu sama lain dan semoga kami berbahagia di dunia hingga akhirat,” ujarnya yang sudah 28 tahun bergelar doktor.

leona lebih tertarik lelaki lebih tua dan botak
2025-05-22 10:40:16

Leona Lebih Tertarik Dengan Lelaki Berusia & Botak - "Bila Saya Tengok Lelaki Muda, Saya Fikir Mereka Hanyalah Budak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...