Pelakon Wawa Zainal dan suami, Aeril Zafril yang kini bergelar usahawan berkata mereka berdua pernah mengalami detik sukar ketika awal perkahwinan.
View this post on Instagram
Ini berikutan kontroversi di mana peminat hanya mengetahui mengenai perkahwinan mereka selepas lahirnya anak pertama, Ahmad Fakhruddin Attar.
Menurut Wawa, ramai yang menuduh dirinya dan Aeril bernikah selepas mempunyai anak bersama, malah yang lebih teruk lagi menuduh Attar sebagai anak luar nikah.
Mengakui dirinya amat sedih apabila mengenangkan hal seperti itu, Wawa berkata apa yang terjadi sememangnya berpunca daripada kesilapan dari dirinya sendiri.
Ujar pasangan ini lagi, mereka berdua pada ketika itu boleh dikatakan ‘bergelut’ dengan situasi itu kerana ingin mempertahankan maruah selepas pendedahan tersebut.
View this post on Instagram
“Ketika itu dua-dua masih baru, Wawa terikat dengan kontrak syarikat yang tidak membenarkan artis bercinta sesama sendiri. Kita hormatlah, memang itu salah kami kerana melanggar kontrak, tapi naluri, walaupun cakap taknak bercinta tapi perasaan itu membara.”
Malah, rumah tangga mereka hampir musnah disebabkan perkara tersebut namun kesabaran Aeril memujuk Wawa untuk meneruskan kehidupan meskipun dikelilingi kontroversi membuatkan mereka bertahan sehingga ke hari ini.
View this post on Instagram
Kini, Wawa dan Aeril yang bukan sahaja laris sebagai pelakon juga bergelar usahawan kosmetik dan produk makanan tular di media sosial.
Sekadar info, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan telah pun dikurniakan tiga orang cahaya mata.