Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Ada Yang Ingat Saya Angelina Jolie..” – Bunga Is Me ‘Pening’ Disamakan Wajah Dengan Ramai Artis

Bunga Is Me

Penyanyi rap Bunga Is Me mengakui dirinya sering disamakan dengan wajah artis-artis wanita lain seperti Shalma Aina, Azira Shafinaz dan Iman Troye serta ramai lagi. Menganggap peminat hanya keliru, diakui wajahnya memang seakan-akan sama dengan personaliti seni yang disebutkan seperti di atas.

Bunga Is MeSumber : Instagram Bunga Is Me  

Tambah Bunga Is Me atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari,21, kepada media ketika sidang media secara virtual ini lagi, ada peminat pernah tersilap ingatkan dirinya sebagai Angelina Jolie.

Advertisement

“Ada yang menyamakan saya dengan Shalma Aina, Azira Shafinaz, Iman Troye dan ramai lagi. Mungkin seakan-akan sama itu yang membuatkan mereka keliru. Yang membezakan hanya dengan gaya berkaca mata. Kadangkala, ada juga yang tersilap ingatkan saya Angelina Jolie.”

Bunga merupakan penyanyi rap sering bertudung serta berbaju kurung ketika membuat persembahan mengakui dirinya masih ‘hijau’ dan belum mengecap populariti di kalangan peminat muzik tempatan.

Dia yang mula menjadi perhatian ramai selepas mengadakan persembahan di Festival Seni Melayu ‘Pesta Raya’ di Singapura dan seterusnya tular dan menjadi tumpuan di media sosial.

Kini semakin melebarkan sayap, Bunga juga telah mengeluarkan single terbaru berjudul Intan Payung dan telah berkolaborasi bersama ratu etnik kreatif negara iaitu Noraniza Idris. Lagu tersebut difahamkan akan menggabungkan irama muzik tradisional dan moden.

Lagu Intan Payung itu merupakan hasil idea daripada penyanyi Luca Sickta dan liriknya ditulis sendiri oleh Bunga Is Me.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

30 Comments

  1. kiah perkasam

    February 23, 2021 at 9:50 am

    tang mana yg sama dik non?pelik kami

  2. jemah puaka

    February 23, 2021 at 8:20 am

    takpa diknonnn. konpiden kena lebih.

  3. Anonymous

    February 22, 2021 at 11:43 pm

    Awat laaa hangpa ni bitter sgt dgn dia.
    Heghan aih.
    Mampuih pi kat dia la.
    Yang hgpa rajin sgt baca gosip pasai dia buat apa?
    Haters gonna hate.

    • Anonymous

      February 23, 2021 at 8:16 am

      Dah masuk tajuk ayat pelik..retizz ni pun nma pelik..mau jugak tengok dan baca kn..apa betul..bukan nya dah baca tajuk pelik kita lintas je..nama jugak netizen kan?..apa jenis bangang kau ni..

Leave a Reply to jemah puaka Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top