Ada Yang Hanya Dapat 60 Undi, 7 Selebriti Ini Pernah Jadi Calon & Bertanding Kerusi Di PRU

Trending

Ada Yang Hanya Dapat 60 Undi, 7 Selebriti Ini Pernah Jadi Calon & Bertanding Kerusi Di PRU

Kehangatan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) makin terasa apatah lagi selepas setiap parti sudah membentangkan manifesto masing-masing baru-baru ini.

Bukan itu saja yang hangat diperkatakan tetapi juga pembabitan selebriti dalam bidang politik pada kali ini dan tiga artis yang mendapat perhatian adalah:

Advertisement
  • Lando Zawani (Parlimen Tanjong Karang)
  • Dr Ahmad Idham (Parlimen Port Dickson)
  • Datuk Seri Eizlan Yusof (Parlimen Sabar Bernam)

 

 

Ramai selebriti pernah bertanding di PRU

Pembabitan selebriti dalam politik bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia sebenarnya, malah sebelum ini ramai yang pernah bertanding dalam PRU terdahulu.

Ini senarai tujuh selebriti yang pernah menjadi calon dan bertanding suatu ketika dulu:

  • Abu Bakar Ellah
    • Penyanyi berasal dari negeri di bawah bayu ini pernah mencipta sejarah tersendiri apabila dia memberanikan diri dan bertanding pada PRU yang ke-11
    • Mula dikenali selepas menyandang tempat ketiga Sinaran Pasport Kegemilangan 1995, Abu Bakar ketika itu bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut, Sabah

 

 

  • Herman Tino
    • Bertanding di PRU ke-13, penyanyi veteran ini ketika itu tidak mewakili mana-mana parti dan hanya menjadi calon bebas di Parlimen Tanjong Karang
    • Malangnya, Herman Tino hanya meraih 340 undi manakala pesaingnya, Tan Sri Noh Omar daripada Barisan Nasional mendapat 20,548 manakala Rashdi Deraman daripada PAS meraih 16,154 undi.
  • Aishah
    • Juga bertanding pada PRU13 mewakili PAS, penyanyi lagu Janji Manismu ini ketika itu merebut kerusi di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan
    • Bagaimanapun, Aishah tewas pada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang mendapat 31,109 undi manakala dia hanya meraih sebanyak 22,495 undian

 

 

Ada yang bertanding Pilihan Raya Negeri

  • Dayangku Intan
    • Mungkin ramai tidak tahu, penyanyi tahun 1980-an ini pernah bertanding di Parlimen Pengerang, juga pada PRU13
    • Mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun hanya meraih 4,484 undian dan tewas dengan Datuk Seri Azalina Othman yang menang dengan 26,992 undi
  • Jimmy Palikat
    • Bertanding sebagai calon bebas di Pilihan Raya Negeri Sabah pada 2020 yang lepas, Jimmy Palikat bagaimanapun hanya mampu meraih 60 undi.
    • Selain penyanyi lagu Anak Kampung ini lima lagi yang bertanding merebut kerusi yang sama adalah, Jeffrey G Kitingan, Laurentius Nayan Ambu, Silverius Bruno, Damian Marcus Podtung dan Nordin Jaini
  • Dira Abu Zahar
    • Anak bekas Menteri Besar Melaka ini pernah bertanding di Pilihan Raya Negeri Melaka tahun lalu
    • Bertanding di Dun Rim, Datuk Dira menang selepas meraih 4,037 undi menentang Azalina Abdul Rahman dan Prasanth Kumar Brakasam

 

 

  • Azwan Ali
    • Pengacara sensasi ini seperti yang ramai ketahui pernah bertanding di Dun Bukit Antarabangsa pada PRU lepas sebagai calon bebas
    • Menentang abangnya Datuk Seri Azmin Ali yang menang dengan undi majoriti sebanyak 30,892 sementara Azwan atau Diva AA hanya mampu mendapat 90 undian

 

 

Boleh beri kesedaran tentang tanggungjawab mengundi

Meskipun kebanyakannya tewas dan gagal meraih undi majoriti, nakun penglibatan anak seni tidak dinafikan memeriahkan lagi pilihan raya apatah lagi mereka mampu menarik perhatian pengikut atau peminat.

Secara tidak langsung, mereka membantu dalam memberi kesedaran kepada rakyat terhadap tanggungjawab mereka untuk mengundi bagi menentukan masa depan negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Undi Kau Untuk Keluarkan Duit Sendiri? Kau Sekolah Tak?" - Boleh Keluar KWSP Jika PN Menang, Muhyiddin Ditempelak Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : XTRA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...