Satu perkongsian oleh seorang individu di Facebook ini telah mencuri perhatian warga maya apabila dia mendakwa wang mereka telah ‘dicuri’ oleh aplikasi popular TikTok.
Wanita berkenaan yang menjalankan perniagaan di TikTok itu berkata, duit yang tersimpan dalam akaun aplikasi berkenaan tiba-tiba ‘lenyap’ tanpa pengetahuannya.
Tambahnya lagi, ada juga peniaga yang telah kehilangan wang bernilai RM20,000 gara-gara TikTok ada mengenakan caj penghantaran percuma kepada peniaga atas transaksi perniagaan sekitar dua tiga bulan yang lalu.
Free shipping yang TikTok tabur untuk tarik buyer rupanya seller yang kena tanggung. Barang dah setel 2-3 bulan lepas baru sekarang TikTok tarik duit seller. Bukan sikit-sikit ye ada yang yang ghaib 20k.
Berikutan itu, wanita berkenaan meminta agar peniaga di TikTok untuk tidak menyimpan terlalu lama wang hasil jualan dalam akaun aplikasi tersebut sebaliknya terus menyimpannya ke dalam akaun bank peribadi.
Namun begitu, ada juga yang mendakwa terdapat kesilapan ataupun ‘glitch’ dalam sistem TikTok dan wang peniaga akan dikembalikan semula.
Seramnya duit tiktokshop hilang. Sebabtu korang jangan simpan duit income & commission lama lama dalam account tiktok. Make sure terus simpan dalam personal account. pic.twitter.com/SJHRFjH5UZ
— ain | ?????? ???? ???? (@syazaaing) October 26, 2022
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang menjadi peniaga di aplikasi itu berkongsi pengalaman yang sama dengan wanita itu.
Namun, sehingga setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi daripada wakil TikTok berhubung isu ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.