Ada Yang Didakwa Bun*h Diri, Lebih 4,000 Askar Israel Alami Masalah Mental PTSD & Jumlah Dijangka Akan Meningkat

Berita

Ada Yang Didakwa Bun*h Diri, Lebih 4,000 Askar Israel Alami Masalah Mental PTSD & Jumlah Dijangka Akan Meningkat

Ketika rejim Zionis mempertingkatkan operasi ketenteraan di Palestin, lebih 70,000 orang askar mereka dilaporkan hilang upaya fizikal.

Data Kementerian Hal Ehwal Tentera juga menunjukkan seramai 8,663 anggota turut cedera dalam Perang Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Advertisement

Ia membuktikan bahawa rejim Zionis tidak menghiraukan keadaan semasa fizikal dan mental anggota mereka.

tentera israel cedera

 

Akan alami tindak balas psikologi

Kira-kira 35 peratus yang cedera dalam operasi ganas di Gaza kini bergelut dengan keadaan kesihatan mental. Laporan dikeluarkan bahagian pemulihan kementerian di Tel Aviv mendapati itu juga mendapati 21 peratus lagi mengalami kecederaan fizikal.

Bukan itu sahaja, mereka turut menjangkakan kemasukan sekurang-kurangnya 20,000 lagi askar yang cedera sejak operasi ketenteraan itu bermula sehingga akhir tahun ini.

tentera israel perang

Analisis pakar mendapati 40 peratus anggota yang masuk di pusat pemulihan itu bakal mengalami pelbagai tindak balas psikologi. Antaranya adalah kebimbangan melampau, kemurungan, tekanan pascatrauma, kesukaran berkomunikasi dan penyesuaian diri.

Data itu menunjukkan lebih separuh daripada 9,539 anggota juga menderita gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).

tentera israel cedera

 

Lebih ramai akan diserang PTSD termasuk orang awam

Tel Aviv juga pernah mendedahkan lebih 1,000 veteran lelaki dan wanita mereka kini sedang menjalani rawatan pada setiap bulan dengan kira-kira 20 peratus menghidap penyakit mental.

Untuk rekod, pada 7 Jun lalu seorang anggota tentera Israel, Eliran Mizrahi disahkan mengalami PTSD serta dua kecederaan fizikal dan didakwa telah membunuh diri kerana dipanggil untuk kembali berperang. Kejadian itu menjadi bukti bahawa dia merupakan antara mangsa yang mengalami tekanan akibat operasi ketenteraan.

tentera israel Eliran Mizrahi

Dalam pada itu, kajian terbaru pada Mac tahun ini turut mendakwa kira-kira 500,000 penduduk Israel berisiko diserang PTSD selepas kempen pembunuhan ramai-ramai di Gaza.

hotel di jepun tolak pelancong israel
6 months ago

Hotel Di Jepun Tak Terima Tempahan Pelancong Isr*el Sebagai Tanda Solidariti Pada Palestin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...