Siapa sangka pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar pernah mendirikan rumah tangga, sebelum ini dan hal itu diakui sendiri oleh tuan badan selepas ramai yang tertanya-tanya mengenai statusnya.
Ustaz Wadi pernah berkahwin
Dapat dilihat dalam keratan klip di TikTok, Ustaz Wadi membuat penjelasan di podcast Apa Cerita? mengenai dirinya pernah berkahwin seusai pulang ke Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara bagi menuntut ilmu.
Sudah berkahwin dahulu selepas balik, alhamdulillah selepas saya balik (dari menuntut ilmu) 2008, lebih kurang pada tahun 2009. Kemudian beberapa tahun dan bantera perkahwinan itu tidak lama.
@sueyusofpareeth777 Doakan ustaz bertemu jodoh lgi slepas ini dgn wanita yg solehah, dikurniakan chaya mata, bhgia hgga ke jannah amin #ustazwadiannuar ♬ bunyi asal – sueyusofpareeth777☑️
Pendakwah itu turut memberitahu perkahwinan tersebut tidak memperoleh cahaya mata dan kanak-kanak yang sering mengikutinya keluar berdakwah adalah anak jiran.
Tolak lamaran wanita
Namun begitu, dia mendedahkan sebelum ini ada wanita yang melamarnya tetapi Ustaz Wadi menolak dengan baik kerana belum terbuka hati untuk berumah tangga semula.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, kebanyakkan netizen mendoakan agar pendakwah itu dipertemukan jodoh yang baik-baik dan berharap agar semua urusannya dipermudahkan.