Ada Yang Dah ‘Sold Out’! Harga Cecah RM13,000, Ini 3 Baju Raya Paling Mahal Tahun 2024

Fesyen

Ada Yang Dah ‘Sold Out’! Harga Cecah RM13,000, Ini 3 Baju Raya Paling Mahal Tahun 2024

Minggu kedua bulan Ramadan, sudah tentu ketika ini ramai yang sedang mencari baju raya dan membuat perbandingan harga atau pilihan mengikut tema warna masing-masing.

Banyak kita dengar keluhan masyarakat tentang harga baju raya yang saban tahun makin meningkat malah ada yang berpendapat ia tidak wajar.

Advertisement

Mari kami kongsikan tiga baju raya termahal pada tahun ini yang dicipta oleh beberapa pereka fesyen terkenal tanah air.

 

1. Teja, ciptaan Rizman Ruzaini

Baju ini menduduki takhta pertama sebagai baju raya dengan harga paling mahal dan tidak masuk akal iaitu RM13,800!

Meskipun sudah dihasilkan dengan lima pilihan saiz iaitu dari XS ke XL namun Teja ini boleh juga ditempah oleh pelanggan mengikut ukuran saiz badan.

rizman

Berwarna hitam, baju one piece ini menonjol di bahagian bahu, lengan dan dada kerana ia dihiasi manik (ke berlian?) yang menyerlahkan sisi eksklusif rekaan tersebut.

rizman

 

2. Lotfia in Ivory Teal, ciptaan FIZIWOO

Meskipun jauh berbeza harganya dengan Rizman Ruzaini di atas namun pada saya ia masih dikira tidak masuk akal kerana ia dijual pada harga ribuan ringgit.

Menurut laman sesawang FIZIWOO, baju diberi nama Lotfia ini dijual pada harga RM4,200 dan ia dijual dalam kuantiti yang terhad.

fiziwoo

Terkejut dengan harga baju raya ini? Lebih terkejut lagi kalau anda dapat tahu bahawa baju ini sebenarnya sudah habis terjual.

Tapi, jangan risau jika anda mahu menggayakan koleksi baju raya ciptaan FIZIWOO pada tahun ini bolehlah lihat beberapa rekaan lain yang dijual pada harga yang sama.

 

 

3. Alba Kurung ciptaan Alia Bastamam

Memberi imej elegan buat si pemakai, baju kurung ini dijual pada harga RM2,800 dan Alia Bastamam hanya mengeluarkan rekaan ini dengan satu warna sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alia Bastamam (@aliabastamamkl)

Alba Kurung ini diperbuat daripada liquid satin dan didatangkan dengan lima pilihan saiz namun menurut laman sesawang saiz XL didapati sudah habis terjual.

alia bastamam

Dulu selalu tertanya ada ke orang yang nak membeli baju raya dengan harga ribuan ringgit tapi bila dah sold out memang terbuktilah ramai rakyat Malaysia yang kaya. Huhu!

Apa apa pun, saya memang terus terang tak mampu nak beli baju raya macam ini. Kalau yang harga RM300 pun masih teragak-agak apatah lagi yang harga macam ini. Lagi mahal daripada bayar kereta…

kopiah
9 months ago

(VIDEO) "Beli Baju Raya RM100 Boleh, Takyah Berkiralah.." - Kopiah RM75 Dipertikai, Penjual Tampil Bersuara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...