Melalui temubual bersama sebuah portal popular, bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil mendedahkan anaknya berdepan dengan pelbagai karenah peminat.
Abang Aji tak selesa disentuh peminat
Bapa Abang Aji iaitu Mohd Redzuan Zainon memaklumkan anaknya berasa kurang selesa apabila peminat menyentuhnya.
Susulan itu, Redzuan mengambil pendekatan untuk menegur segelintir peminat dengan cara yang baik.
Ada yang cubit sebab geram dengan kecomelan dia. Kita pun kalau dicubit mesti sakit, inikan pula budak. Sebab itu dia tak nak orang pegang dia, mungkin dia tak selesa.
@hello.bam.bam Warga #sedili korang memang sempoi! Semoga kita jumpa lagi! 😄 #HelloBamBam #dramatiktok #tiktokmalaysia #fypシ゚viral ♬ Upbeat Energetic Indie Rock Pop Fun – SonicMusic
Berkongsi perkembangan lain, Redzuan berkata dirinya sama sekali tidak menyangka anaknya bakal membintangi sebuah drama berjudul Hello Bam Bam.
Bersyukur banyak terima tawaran berlakon tapi..
Pada mulanya kami buat konten hanya untuk suka-suka sahaja, tak pernah mimpi dia boleh berlakon. Semasa ditawarkan untuk drama ini, kami ada beritahu pihak produksi supaya ikut mood Abang Aji. Maksudnya, kalau dia rasa okay, boleh diteruskan tapi kalau tidak, kena bagi dia rehat.
Dalam pada itu, Redzuan turut memaklumkan ketika ini Abang Aji banyak menerima tawaran untuk berlakon tetapi terpaksa menolak susulan kekangan masa selain mahu fokus dengan tumbesarannya sebagai seorang kanak-kanak.
Halangannya adalah masa, sebab saya masih bekerja. Saya juga mahu dia membesar dengan baik terlebih dahulu sebelum terima banyak tawaran lain.