Written by serenity | March 23rd, 2016

Nama Amelina pernah menjadi hangat sekitar tahun 90-an kerana lagu bergenre dangdut yang dibawanya meletup di pasaran. Amelina yang sering membawakan lagu ciptaan Iwan waktu itu dianggap sebagai ratu irama dangdut, justeru, kehilangannya dalam dunia hiburan setelah berkahwin seolah-olah membawa bersamanya populariti lagu dangdut.


 photo amelina-1.jpg
Amelina kini kembali mewarnai dunia hiburan setelah berpisah dengan bekas suami dan tinggal dengan ibu bapanya di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, dia tidak lagi dapat menghabiskan banyak masa untuk bersama enam orang anaknya itu kerana mencari rezeki dalam bidang hiburan. Kata Amelina, anak-anaknya sudah boleh menjaga diri dan tidak kisah dia sering tiada. Katanya pada InstaOnline:

Tidak susah untuk tinggalkan anak-anak di rumah kerana mereka juga sudah boleh jaga diri. Malah mereka sangat memahami kerjaya saya.

Sebenarnya anak-anak saya tidak kisah jika saya tiada di rumah kerana bagi mereka apabila melihat saya gembira, mereka tahu saya melakukan perkara yang betul.

Apabila di rumah memang saya luangkan masa sepenuhnya dengan anak-anak. Terpaksa menjadi guru dalam membantu mereka dengan tugasan di sekolah. Jika saya sibuk pun di rumah, saya akan berikan perhatian kepada anak-anak.

Saya juga tidak mahu anak-anak berkecil hati.

Malah, Amelina mengakui masih ada yang cuba mengusik dirinya namun dia sentiasa diingatkan oleh teman-teman untuk tidak berfikir soal kahwin.

Hidup saya mudah sahaja, soal itu saya serahkan kepada Tuhan. Saya tidak meletakkan sasaran untuk berkahwin dan tidak mahu fikir tentang hal itu.

Ada juga yang cuba-cuba untuk mengusik saya, tetapi saya dikelilingi oleh teman-teman rapat yang sentiasa mengingatkan saya supaya tidak fikir hal tersebut.


 photo amelina-feat2-563x353.jpg
Betul juga tu. Buat masa ini ada baiknya fokus pada soal kerjaya, tambahan pula Amelina sendiri mengatakan dia membuat ‘comeback’ kerana ingin mencari rezeki untuk menyara-anak-anaknya.

Buat masa ini Amelina masih melum mengetengahkan produk terbarunya. Kita tunggu sama ada keputusannya untuk kembali akan membuahkan hasil dan menaikkan semula irama dangdut dalam arena muzik Malaysia.

Rasai getaran dan keasyikan irama muzik asli dari akar Melayu ke mata dunia. Manifestasi dan apresiasi di dalam sebuah…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 22 March 2016

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.