Baru-baru ini, penyampai radio sensasi, Fizi Ali telah menitipkan ucapan selamat hari lahir untuk anak perempuannya, Ameena dan berjanji akan membahagiakan anak kecil itu selagi dirinya masih hidup.
Tak dapat jadi macam ayah yang lain
Berdasarkan sebuah hantaran yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya, Fizi memohon maaf kerana tidak dapat menjadi bapa seperti umumnya yang selalu dapat meluangkan masa bersama anak.
Namun begitu, Fizi berjanji kepada cahaya matanya itu untuk terus mengembirakan Ameena dan memberikan yang terbaik dalam hidupnya.
Untuk anakku Ameena Sofia, betul kita tak banyak masa bersama,
Daddy tak dapat bagi seratus peratus masa daddy dengan awak, daddy tak dapat bagi macam ayah orang lain boleh bagi dekat anak diaorang.
Tapi daddy janji, setiap kali kita jumpa daddy akan buat awak lah manusia paling bahagia dalam dunia. InsyaAllah daddy akan buat yang terbaik untuk awak.
View this post on Instagram
Tidak kisah disangka rebut anak
Kata bekas suami kepada aktres Shakilla Khoriri ini lagi, dia tidak kisah jika dianggap ingin merebut anak daripada ibunya. Katanya, dia hanya inginkan kebahagiaan untuk Ameena sahaja.
Selain itu, Fizi turut berharap agar video yang memaparkan momen-momen ketika Ameena membesar ini dapat menjadi memori untuk anaknya itu ketika dia sudah tiada satu hari nanti.
Mungkin ada mulut-mulut akan cakap daddy ni terpaling bapak lah terpaling konon nak nak rebut awak lah.
Daddy tak kisah janji kalau satu hari nanti daddy dah tak ada, daddy harap awak tengok balik semua video-video ni. Khas untuk awak sayang.
View this post on Instagram
Sekadar info, Fizi Ali dan Shakilla Khoriri telah mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018 sebelum bercerai pada Disember 2021. Kini Fizi telah berkahwin dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.
Shakilla juga telah bernikah buat kali kedua dengan suaminya, Fariz Zulkepley pada 24 Februari lepas.