Kali ini merupakan giliran Filipina untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA 2019. Tapi yang mengejutkan, baru-baru ini tular beberapa gambar yang menunjukkan dewan untuk sidang media masih lagi belum siap. Yang lebih mengejutkan, masih ada kerja-kerja pertukangan yang berlaku.
Bangunan pusat media untuk sidang media masih lagi dalam pembinaan. Dinding masih lagi bersimen, perancah belum dibuka malah simen di lantai juga ada yang tidak rata. Sedangkan perasmian Sukan SEA 2019 akan berlangsung pada 30 November ini.
“Kau tengok tempat sidang media Sea Games kat Filipina ni. Game dah start pun ada orang bertukang lagi woi.”
Kau tengok tempat sidang media Sea Games kat Filipina ni. Game dah start pun ada orang bertukang lagi woi. Filipina Sea Games is a Scam! #SEAGames2019 #SEAGames2019fail pic.twitter.com/dbZS19u5cj
— ANJANG?? (@t0k_anjang) November 25, 2019

Kredit: Twitter

Kredit: Twitter
Banyak yang tak siap
Bukan sahaja pusat media tetapi kelengkapan lain juga dikhabarkan tidak mencukupi dan masih di dalam proses pembinaan. Ketua jurulatih pasukan bola sepak wanita Vietnam, terpaksa membeli sendiri makanan untuk pasukannya kerana kekurangan nutrisi dalam pilihan makanan disediakan.

Kredit: Facebook

Kredit: Facebook
Fasiliti untuk pasukan bola sepak juga dipertikaikan kerana seolah-olah tidak sempat untuk disiapkan.

Kredit: Popular

Kredit: Twitter
Tiada kerusi di stadium

Kredit: Twitter
Kuarters disediakan untuk atlet

Kredit: Facebook
Tak pasti apa sebabnya tetapi persiapan Sukan SEA kali ini nampaknya seperti dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa. Sekarang ini juga, #SEAGames2019Fail tular di media sosial dimana ramai yang berkongsikan rasa tak puas hati dengan persiapan yang dibuat.
Artikel berkaitan: “Hebat Ultras Malaya!”, Media Antarabangsa Kagum Lihat Semangat Penyokong Malaysia