“Ada Yang Ambil Tanah Kubur Masuk Dalam Poket” – Tindakan Melampau Orang Ramai Punca Tali Dipasang Di Sekitar Kubur Nurly Shahirah

Kehidupan

“Ada Yang Ambil Tanah Kubur Masuk Dalam Poket” – Tindakan Melampau Orang Ramai Punca Tali Dipasang Di Sekitar Kubur Nurly Shahirah

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan suasana di sekitar kawasan kubur Allahyarham Nurly Shahirah yang diziarahi oleh orang ramai.

Susulan itu, tali penghadang telah dipasang di sekeliling kubur Allahyarham bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Advertisement

Kubur Shahira dipasang tali

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Ahmad Nazrul, terdapat beberapa individu yang datang menziarah tetapi telah bertindak secara melampau dan tidak wajar.

Kata Nazrul, ada segelintir individu yang mengambil tanah dari kubur untuk dibawa pulang, malah ada juga yang menyapu tanah tersebut ke muka anak mereka.

Kawasan kubur arwah Nurly akan mula dipasang tali bermula petang ini (Sabtu), tiada sesiapa dibenarkan melintasi tali penghadang tersebut.

 

Datang ziarah kubur itu cukuplah dengan berdoa, bukan ambil tanah kubur bawa balik sekali.

Kubur Shahira dipasang tali

Amalan menziarahi kubur sememangnya digalakkan dalam Islam sebagai sunnah, asalkan ia dilakukan dengan niat untuk mengingati kematian dan menanam rasa keinsafan dalam diri.

Namun begitu, perbuatan seperti mengambil tanah dari kubur individu yang dianggap alim adalah dilarang kerana ia mengandungi unsur khurafat dan boleh menimbulkan fitnah serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Arwah mustaqim tiga lukisan terakhir
2 weeks ago

Nahas Bas UPSI: Ada Bas, Laluan Jalan Raya Tiga & Kematian, Lukisan Terakhir Arwah Mustaqim Seperti Gambaran Detik Akhirnya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...