Ada Wanita Ajak Berkahwin Untuk Bantu Jaga Anak Angkatnya, Hafiz Hamidun Belum Bersedia

Hiburan

Ada Wanita Ajak Berkahwin Untuk Bantu Jaga Anak Angkatnya, Hafiz Hamidun Belum Bersedia

Kini setelah hampir 2 bulan menjaga anak angkatnya, Hafiz Hamidun berasa sangat selesa dan tidak terbeban langsung dengan kesayangannya itu. Dia sebelum ini digosipkan mahu menjual populariti apabila mengumumkan mahu mengambil anak angkat, yang dinamakan Hamdee Abdul Hafiz.

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum @hamdeehafiz

A post shared by Hafiz Hamidun ® (@hafizhamidun) on

Advertisement

“Walaupun pada awalnya agak sukar kerana tiada pengalaman, tetapi selepas dua bulan, saya sudah biasa menguruskan rutin harian Hamdee. Namun, ada yang simpati hingga menawarkan diri untuk menjadi isteri.”

“Saya hargai keprihatinan mereka. Namun, buat masa ini saya terpaksa menolaknya.”

Hafiz menjelaskan dia belum bersedia lagi untuk bergelar suami sekali lagi dan buat masa ini lebih selesa menguruskan anaknya sendiri. Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 namun mereka bercerai pada 25 Oktober 2017.

Dalam pada itu, Hafiz bersyukur kerana dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dia dapat meluangkan masa berkualiti bersama anaknya yang sebelum ini dijaga oleh ibubapanya apabila dia sibuk dengan urusan di luar.

Dia akui semenjak PKP dilaksanakan 18 Mac lalu telah memberikan kesan kepada aktiviti kerjanya namun baginya perkara itu mempunyai hikmah apabila dia dapat meluangkan lebih masa di rumah.

“Saya bersyukur kerana PKP memberi peluang kepada saya menghabiskan masa bersama Hamdee, melihatnya membesar di depan mata.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...