Ada Unsur Lucah Dilakonkan ‘P*rnstar’, Filem Tempatan Ini Teruk Dikritik Netizen – “Seriuslah FINAS Lepas ‘Movie’ Ni?”

Trending

Ada Unsur Lucah Dilakonkan ‘P*rnstar’, Filem Tempatan Ini Teruk Dikritik Netizen – “Seriuslah FINAS Lepas ‘Movie’ Ni?”

Isu tentang industri perfileman di negara kita yang dikatakan masih ‘lapuk’ sering menjadi perbahasan dan dikritik ramai peminat dunia hiburan.

Ramai berpendapat, filem-filem tempatan sering berkisarkan plot yang sama dan kadang kala menggunakan unsur 18SX sebagai ‘pelaris’ sesebuah karya.

Advertisement

1 year ago

Tular Nama Beberapa Lelaki Melayu Menang Peraduan Meet & Greet Dengan 'P*rn Star' Di KL - "Jahan*m Anak Bangsa"

Baru-baru ini, trailer filem tempatan yang bakal ditayangkan pada Mac akan datang meraih perhatian ramai netizen di media sosial.

Mana tidaknya, menerusi klip tersebut filem berjudul Pulau itu mengandungi babak-babak seksual dan menampilkan pelakon video ‘dewasa’ dari Malaysia.

Filem tersebut dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Namron, Wan Hanafi Su, Alif Satar selain turut menampilkan Amelia henderson, Ikmal Amry dan beberapa pelakon baru.

Namun, selepas menonton trailer Pulau ramai netizen menyuarakan pendapat masing-masing dan terkejut bagaimana filem sebegitu boleh lepas tapisan Lapisan Penapis Filem (LPF) kerana mempunyai babak yang tidak bersesuaian.

Paling menjadi bualan adalah kehadiran model video lucah, Ms Puiyi yang turut melakonkan aksi menghairahkan di dalam filem tersebut.

Ramai warganet menyindir FINAS kerana membenarkan filem seperti itu ditayangkan walhal filem daripada Hollywood disekat kerana unsur yang sama.

Menurut mereka, Pulau terang-terangan mempunyai unsur softporn dan tidak sesuai ditonton oleh masyarakat di Malaysia terutamanya golongan remaja.

Berikut adalah antara respon daripada netizen:

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...