“Ada Unsur Ganas Melampau” – Ini Senarai Rancangan Kartun Tak Sesuai Untuk Anak, Ibu Bapa Kena ‘Alert’!

Kehidupan

“Ada Unsur Ganas Melampau” – Ini Senarai Rancangan Kartun Tak Sesuai Untuk Anak, Ibu Bapa Kena ‘Alert’!

Satu perkongsian yang menjadi tular di TikTok baru-baru ini mungkin dapat membantu ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak kecil dan gemar menonton rancangan kartun di televisyen mahupun di telefon bimbit masing-masing.

Jika dahulu kita sering dihidangkan dengan rancangan seperti Doraemon, Sin Chan, Pokemon dan Digimon seumpamanya, namun kini seleksi kartun lebih ‘advance’ dan memerlukan pemantau daripada ibu bapa.

Advertisement
anak tengok fonSumber : Google  

Berikutan itu, seorang wanita telah menyenaraikan rancangan kartun yang tidak sesuai untuk ditonton kerana mempunyai unsur-unsur keganasan yang melampau.

Dalam hantaran tersebut, wanita itu memberi contoh kartun seperti Huggy Wuggy, Kissy Missy, Happy Tree Friends, 5 Nights At Freddy’s, Siren Head, Cartoon Cat dan juga Among Us.

Menurut wanita itu, karakter yang ditonjolkan dalam rancangan kartun tersebut dapat membahayakan kesihatan mental buat anak-anak kecil.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang terdiri daripada ibu bapa mengucapkan terima kasih kepada wanita itu kerana memberi info berguna buat mereka.

Huggy Wuggy tu memang budak-budak takut. Anak anak saya pun takut sejak nampak kartun tu. Nak suruh tidur pun takut.

Tak pernah tahu semua ni. Tengok video baru tahu. Syukur.

Terima kasih share sis. Anak saya selalu tengok yang ni. Anak saya 4 tahun. Memang nampak sangat dia lain.

Ibu bapa di luar sana take note ye!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita dikeji anak hidap cp
2 years ago

“Takut ‘Terkenan’ Baby Kami” - Wanita Kesal Anak Diminta Duduk Asing Kerana Hidap Cerebral Palsy Di Hospital

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...