“Ada Tak Rasa Bersaloh Mase Sek Awok Nipu Harga?” – Tular Video Peniaga Ayam Disaman, Pelanggan Jelaskan…

Trending

“Ada Tak Rasa Bersaloh Mase Sek Awok Nipu Harga?” – Tular Video Peniaga Ayam Disaman, Pelanggan Jelaskan…

Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan seorang peniaga ayam meluahkan rasa kecewa selepas disaman oleh pihak berkuasa.

Menerusi video itu, lelaki tersebut berkata dia terpaksa menggunakan duit yang sudah disimpan untuk membeli baju raya keluarga bagi membayar saman berkenaan.

Advertisement

Difahamkan dia telah disaman pihak berkuasa kerana menjual ayam lebih mahal daripada harga siling yang ditetapkan.

lelaki kecewa disuruh bayar saman sebab tak letak harga ditetapkan
8 bulan lalu

"Nak Beli Baju Raya Anak" - Lelaki Kecewa Disaman Sebab Jual Ayam Tak Ikut Harga Ditetapkan

Namun, seorang gadis telah tampil menceritakan hal sebenar mengapa pihak berkuasa KPDNKK mengeluarkan saman terhadap peniaga itu.

Menurutnya di Twitter, ramai yang telah menjadi ‘mangsa’ peniaga-peniaga itu semua termasuklah keluarganya.

Gadis itu turut berkata, memuat naik video menunjukkan duit untuk membeli baju raya anak itu hanyalah untuk mendapat simpati orang ramai.

Masa encik menipu kami harga ayam tu, tak terfikir ke halal haram duit tu?”

 

Jelasnya lagi, peniaga di tempat itu memaparkan harga ayam RM8.90/kg namun apabila pelanggan membeli, mereka menimbang dengan harga sehingga RM10/kg.

Saya faham kerisauan untung sedikit, tetapi kenapa peniaga sekalian yang beragama Islam rasa tak bersalah menipu harga seperti itu?”

Menurutnya lagi, peniaga di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu itu semua disaman atas kesalahan penipuan harga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    April 15, 2022 at 8:39 am

    Jujur berniaga itu penting..Rezeki itu akan datang dari pelbagai sudut..Semua barang naik harga..tiap tahun..tak pernah tak naik..gaji minima rm1500 pun ibarat dapat gaji rm900 tiap bulan..taraf hidup golongan susah xberubah masih seperti 20 tahun lepas susahnya masih menghimpit.. Alhamdulillah dengan pengeluaran KWSP awal dapat membantu golongan susah membangunkan rumah impian contohnya di tanah sendiri..tak perlu lagi bayar sewa tiap bulan..

  2. Kiah

    April 11, 2022 at 10:09 am

    Cik @ kakak @[email protected] selain… Peniaga tue berniaga di pasar basah… Kalau anda xmampu nak beli harga mereka,, hampa pergi la psaraya.. Diowg jual harga bese sbb pasaraya byk brg2 lain utk dpt untung bkn dr sumber ayam shj… Kasihan la peniaga2 ayam ni.. Mungkin mereka terpkse jual rm10/kg.. W/u max rm8. 90..sbb mereka hanya berniaga ayam… Utk menyara keluarga.. Xkan la da sewa tapak pasar basah, dok kje potong2, luangkan mse utk tggu customer hnye nak untung sbyak 20sen je utk 1 ayam??.. Kalau anda rse xmampu @rse tertipu xyh la g psar bsah.. Diam2 je la…blah la g pasaraya.. Jgnla sbb anda kje mkn gaji n anda berasa rse diri teraniaya trus buat komple… Sng je, xmmpu g je psaraya.. Mmg kt psar bsah diowg ade harga lain.. Sbb sumber utama kewangan diowg adalah sejenis je… Fkir la.. Klu kluarga sndri berada ditempat tue… Xkn anda snggup untung 20sen je..

    • Anonymous

      April 11, 2022 at 1:28 pm

      so? kita kene biarkan ke peniaga menipu? bukan isu kat mana dorg meniaga, tp isu disini adalah kejujuran!! org islam pulak tu? untung sikit ke banyak ke bukan alasan utk menipu!! ke awak ni ahli keluarga peniaga yang menipu? berkat ke hasil niaga dgn menipu org? lepas tu bg makan anak bini? agak2 la wei!

    • Anonymous

      April 11, 2022 at 3:02 pm

      8.9/9 > 10. Okay je pun, seringgit untung. Takkan la 20sen je, camne nak tanggung kos hidup camtu. Belum lagi masa dan tenaga semua. Sebenarnya atasan yang kena kaji balik, kos itu ini naik so bawah2 nak niaga terpaksa naik, harga siling kena sesuai dengan situasi. Atas tak betul2, bawah la yang susah nanti, pihak KPD tu buat keja je, yang niaga ayam tu pun logik je harga dia. Isunya harga syiling tu je.

    • Anonymous

      April 11, 2022 at 3:06 pm

      kebanyakan orang bukan beli ayam sekor gedabak hari2, lain kalau beli kperluan yang kerap orng beli dan murah kos, untung sringgit tu macam terlebih pulak, ni ayam sekor, klau hari tu 20 orang je beli, untuk 4 ringgit je. itupun belum tentu sehari 20 org datang.

Loading...