Baru-baru ini, usahawan terkenal, Vivy Yusof ada memuat naik status di Instagram Story mengingatkan orang ramai untuk tidak lupa melakukan sedekah di hari Jumaat.
Namun begitu, hal yang menarik perhatian ramai apabila Vivy meluahkan hasratnya mahu membuat aplikasi sedekah yang boleh memudahkan orang ramai menyalur sumbangan kepada yang memerlukan.
Hasratnya itu telah menarik perhatian ramai, lagi-lagi di platform X, di mana mereka meluahkan pandangan masing-masing.
Sesetengah netizen ada yang merasakan Vivy patut berdiam diri kerana kesnya di mahkamah melibatkan isu pecah amanah yang masih belum selesai tetapi ada juga yang meminta untuk bersangka baik terhadap usahawan itu.
Bukan ke kalau ada aplikasi sedekah ni akan lebih memudahkan orang ramai? Korang rasa macam mana?