Melalui laporan sebuah portal hiburan, pelawak dan pelakon, Along Cham meluahkan rasa syukur kerana kemelut rumah tangganya bersama bekas isteri, Afreena akhirnya sudah temui titik noktah selepas mereka disahkan sudah bercerai talak satu, hari ini.
Mahu ‘move on’ dan teruskan hidup baru
Sewaktu ditemubual oleh pihak media di luar mahkamah, Along atau nama sebenar, Muhammad Nizamuddin Ahmad berkata dirinya mahu melupakan segala kisah hitam sebelum ini dan mahu memulakan kehidupan baru.
Sekarang saya mahu ‘move on’ dan teruskan kehidupan. Saya bersyukur ada ibu di sisi dan semua yang banyak mendoakan saya. Terima kasih semua.
View this post on Instagram
Akui gagal didik bekas isteri
Ketika ditanya sama ada dirinya gagal mendidik Afreena, pelawak itu mengakui kesilapannya dan berlapang dada menerima kekurangan diri sepanjang memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Ingin kata saya serik berkahwin itu tidak, saya anggap semua ini ujian dalam perkahwinan dan dapat belajar sesuatu. Orang pasti akan cakap saya gagal mendidik isteri, saya akui semua itu. Saya gagal mengemudi rumah tangga ini dengan baik.
Dalam pada masa yang sama, Along juga menegaskan bahawa dirinya tidak mahu lagi terkait ataupun mempunyai sebarang urusan dengan bekas isteri selepas ini.