Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ada Sejarah Keluarga Hidap Kanser Payu Dara, Che Ta Ambil Inisiatif Jalani Ujian Mammogram

Rozita Che Wan

Pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas, Rozita Che Wan mengakui bahawa dia kini lebih peka dalam soal kesihatan terutamanya yang berkaitan penyakit kanser.

Advertisement

Ujar Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, penyakit kanser khususnya kanser payudara agak ‘dekat’ dengan dirinya memandangkan ada beberapa ahli keluarga pernah menghidap penyakit tersebut.

Dia juga memaklumkan bahawa ada menghantar ibu kesayangan ke hospital setiap enam bulan sekali untuk melakukan pemeriksaan kesihatan namun masih tiada kesedaran untuk melakukan prosedur tersebut untuk diri sendiri kerana ‘feeling’ muda.

Jelasnya lagi, setelah mendengar nasihat daripada pihak Majlis Kanser Nasional (MAKNA), dia tergerak hati untuk melakukan pemeriksaan ‘Mammogram’ memandangkan umurnya sudah pun mencecah 50-an.

Rozita juga berharap tindakannya itu dapat mendidik para wanita untuk lebih cakna dengan isu penyakit kanser.

View this post on Instagram

A post shared by Himaya (@himayamy)

Terdahulu, pelakon jelita ini ditemui ketika sidang media virtual pelancaran warna baru Himaya Premium Hijab Medical Face Mask dan ia turut menyokong kempen kutipan dana untuk MAKNA.

Setiap hasil jualan produk pelitup muka tersebut, RM2 akan disumbangkan terus kepada pertubuhan tersebut.

Advertisement

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top