Kisah percintaan Kamal Adli dan Emma Maembong memang diketahui ramai, tetapi sehingga hari ini kedua-duanya tidak mahu mengakui mereka sedang bercinta.
Menurut Kamal, beliau tidak mahu menghebahkan hubungan beliau dengan Emma kerana tidak mahu ada pihak yang menyampah dengan mereka. Cukuplah sekadar hubungan mesra yang terjalin antara mereka berdua diketahui umum.
Kisah saya dengan dia sudah berlarutan tiga ke empat tahun. Orang boleh faham sendiri. Ada sebab kenapa kami tidak mahu mengaku. Apabila kami beria bercerita, ada yang menyampah pula. Jadi kami fikir cara profesional. Cukup orang tahu, saya berkawan dengan dia. Fokus saya memang dengan Emma. Saya tiada pun cakap berkawan dengan perempuan lain. Orang pun boleh faham cuma ada yang sengaja nak membuat situasi jadi tegang.
Tambah Kamal, setiap penafian yang beliau lakukan juga adalah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.
Kami menafikan untuk kebaikan bersama juga. Saya tidak mahu bercerita lebih kerana saya memang ambil berat kerana saya sentiasa rapat dengan dia. Tidak salah untuk saya ambil berat sama ada menjadi teman lelaki atau pun tidak. Saya memang rapat dan ambil berat. Saya tidak mahu bercerita lebih dan ia diuar-uarkan. Cukup orang tahu saya berkawan dengan siapa.
Kamal juga berkata hubungan beliau dan Emma baik-baik sahaja dan beliau meminta agar tidak pihak terus mencetuskan sebarang spekulasi mengenainya.