Perkongsian seorang pengguna media sosial di TikTok semalam mengenai Fazura ternyata telah mencuri perhatian ramai terutamanya peminat aktres dan juga usahawan itu.
Dalam hantaran tersebut, kelihatan Fazura ada menerima busana khas yang direka khas pereka fesyen, Zaimi Zulkafli sempena KLFW 2025.
Namun apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila Fazura dilihat menitiskan air mata terharu gara-gara rekaan tersebut yang ada meletakkan potret arwah bapanya dan dirinya ketika kecil.
Menjengah ke ruangan komen, peminat Fazura tampil meninggalkan pelbagai reaksi dan komen melihatkan hantaran yang menjadi tular itu.
Kata netizen, pastinya Fazura amat merindukan arwah bapa kesayangan yang telah pergi selama-lamanya.
Ada juga yang mendoakan agar Fazura terus kuat dan tabah dalam menghadapi cabaran sebagai anak seni dan juga usahawan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.