“Ada Sebab Anda Patut Biar Orang Ramai Suarakan Kemarahan Pada Pembunuh”

Trending

“Ada Sebab Anda Patut Biar Orang Ramai Suarakan Kemarahan Pada Pembunuh”

Kes pembunuhan Zulfarhan Osman Zulkarnain dan T. Nhaveen menimbulkan reaksi pelbagai pihak kerana sifat pembunuhan itu yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.
janganmarah
Dan sejak identiti mereka yang terlibat didedahkan, tertuduh/suspek terus menerima kecaman orang ramai di akaun media sosial mereka sehingga ada yang terpaksa meletakkan akaun dalam mod privasi.

Ahli keluarga dan rakan yang mengenali tertuduh bagaimanapun mendakwa orang ramai tidak kena mengena dengan kejadian dan perlu menghentikan kecaman serta membiarkan mahkamah membuat keputusan. Mereka mendakwa identiti dan perlakuan tertuduh-tertuduh ialah ‘aib’ yang perlu disembunyikan dan kecaman orang ramai ialah satu bentuk buli siber.

Seorang pengguna Twitter bernama Safura pula memberi pendapat berdasarkan pengalamannya mengapa Netizen tidak patut berhenti mengecam tertuduh:

Advertisement

Secara peribadi, saya terkesan kerana saya pernah dan masih menjadi ahli keluarga mangsa bunuh.

Maafkan saya kerana terlalu emosional tentang kes Nhaveen dan Zulfarhan. Saya cuma terkejut kerana ramai orang seolah-olah ingin mengetepikan perkara ini dan melupakannya.

Saya tak pernah terfikir akan menceritakan semua ini di Internet tetapi ibu, adik lelaki saya (dia berusia lima tahun) dan pembantu rumah saya, kesemuanya dibunuh lapan tahun lalu.

Seorang perompak masuk ke rumah kami dan mengambil nyawa mereka di waktu siang. Kes ini diberitakan dengan meluas pada tahun 2009.

Anda tahu di mana pembunuh itu sekarang? Dia dilepaskan oleh mahkamah. Dia menikmati hidupnya dan bebas menonton wayang.

Dan apa berlaku pada saya dan ahli keluarga saya? Setiap seorang dari kami masih berjuang meneruskan hidup.

Kadangkala di waktu malam saya menangis dengan tiba-tiba, mempersoalkan hidup saya dan mengapa ahli keluarga saya pergi sebegitu.

Ibu ialah tunjang hidup saya dan kini dia tiada.

KERANA SESEORANG MASUK RUMAH KAMI DAN BUNUH DIA.

Anda tak tahu betapa sukar untuk saya bertahan selama lapan tahun, cuba untuk menjadi kuat demi adik perempuan saya.

Jika identiti pembunuh itu didedahkan kepada umum mungkin dia tak menikmati hidupnya seperti sekarang.

Sekurang-kurangnya dia menerima akibat atas penderitaan saya.

Tetapi tiada sesiapa pun yang bertanggungjawab kerana mengambil nyawa ibu dan adik saya dan membuat hidup saya sengsara.

Orang ramai hanya lupakan begitu saja. Ibu saya pergi sia-sia.

Perkara ini mungkin mengejutkan beberapa orang yang mengenali saya di dunia sebenar, tetapi inilah kebenarannya. Manusia dibunuh, dan begitulah ketidakadilan hidup ini.

Saya tidak menyokong buli siber atau apa. Hujah saya di sini ialah untuk memberitahu orang ramai budaya membela atau bersimpati pada pembunuh mempunyai kesan terhadap ahli keluarga mangsa.

Sekiranya anda saudara/rakan pembunuh, janganlah marah pada orang ramai yang menunjukkan atau menyuarakan kemarahan kepada golongan ini.

Mereka bunuh mangsa dengan kejam menggunakan tangan mereka sendiri, jadi biar mereka bayar harganya. Ia tentang sebab musabab dan akibatnya.

Tetapi jika anda tidak bersetuju, terpulanglah pada anda. Cuma jauhkan diri anda dari saya.

Hanya ini saja tempat di mana suara saya didengari ramai. Jadi biarkan saja saya di sini. Sekian.

Menjawab persoalan Netizen di Twitter, Safura memberitahu kes bunuh ibu dan adiknya tidak mendapat keadilan sewajarnya kerana mahkamah membebaskan tertuduh kerana tidak cukup bukti.

Sumber: Safura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...