Melalui laporan Detik News, seorang gadis yang baru berusia 13 tahun nekad untuk melarikan diri dari rumah selepas dirinya menjadi mangsa pemerkosaan oleh 26 individu lelaki.
Diperkosa ramai lelaki
Kejadian tersebut berlaku selepas seorang rakannya mengajak mangsa untuk bertemu pada satu malam dan biarpun sudah menolak beberapa kali, si rakan tetap memujuknya.
Kemudiannya mangsa dijemput oleh rakan dan waktu itu, terdapat seorang lelaki yang turut membonceng motosikal berkenaan.
Selepas itu, saya diajak ke sebuah rumah kosong. Dan situ terjadinya perkara (pemerkosaan) tersebut.
Pelaku ada yang buta
Difahamkan daripada pendedahan mangsa, kejadian itu berlaku pada Mei lalu dan hal yang mengejutkan apabila mangsa memberitahu jumlah lelaki yang merogolnya adalah seramai 26 individu termasuk seorang cacat penglihatan (buta).
Susulan detik-detik hitam itu berlaku dalam hidup mangsa, keluarga telah membuat laporan polis dan kini siasatan sedang dijalankan.
Pemerkosaan berlaku sejak April 2024 hingga Mei 2024 di Indonesia.