Lebih cantik dan manis berhijab, penampilan terbaru pelakon Lisa Surihani mendapat perhatian ramai. Perubahan yang dilakukan bukanlah atas desakan mana-mana pihak tetapi ikhlas dari hatinya sendiri.
Dalam perubahan ke arah kebaikan, pastinya akan ada dugaan tersendiri. Lisa akui ada sahaja anasir yang membolak balikkan hatinya tetapi dia selalu meminta agar diteguhkan hati.
Sebelum pakai mesti fikir ‘patut ke’, ‘ada job ke’. Dan sampai sekarang pun ada sahaja anasir yang membolak balikkan hati. Bukan mudah. Saya minta diteguhkan hati. Kadang-kadang ada statement, judgement doubt macam ‘lama ke pakai ni?’, padahal kita tengah cuba tapi tidak mengapalah. Tak nak letak janji yang tinggi. Im just trying.
Tiada manusia yang sempurna dan pasti tidak akan pernah lari daripada melakukan kesilapan, oleh itu Lisa mahu berubah secara perlahan-lahan. Lisa memberitahu dia masih berusaha untuk mencari hidayah dan sentiasa berdoa dirinya akan kekal istiqamah untuk berhijab.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Lisa, agar hati dan imannya ditetapkan untuk terus kekal menutup aurat.

Geram je
July 3, 2019 at 12:52 pm
pakai tudung je pun? aku taktahu apa yang susah sangat nak bertudung. benda tu wajib. solat pun wajib. come on lah.
Eja
July 3, 2019 at 11:50 am
Selagi mulut suami tak berbunyi suruh bukak,jgnlh kau kesah mulut2 org lain. Mmg suami jenis apapun taktau kalau dia suh kau bukak aurat. Fikir2 berimanlh Lisa oooiii…kuatkn Iman.
bong cit
July 3, 2019 at 11:30 am
hati kena kuat la jgn la ikut sgt kata2 org…ni x biler org ckp sikit dh sentap mula la pakai pun ala2 lama2 terbang trus…ada plak ckp hidayah bagai…hidayah tu x dtg bergolek…kna cari usaha sendiri…
Mira
July 3, 2019 at 8:34 am
Cantik sangat lisa bertudung. Comel manis semua ada. Dengan makeup pun light2 je. Semoga diteguhkan iman dan istiqamah dalam menutup aurat. Bukan mudah tapi insyaAllah tak susah. Allah sayang lisa :)