Menjelang di bulan Ramadan, pasti ramai yang akan membuat plan untuk berbuka puasa bersama keluarga serta kenalan rapat di luar dan antara yang akan menjadi rebutan ramai adalah makanan bufet.
Pelbagai dihidangkan: tempatan, Pan-Asia & Timur Tengah
Kalau korang nak tahu, hotel popular di ibu kota iaitu W Kuala Lumpur menawarkan pelbagai juadah untuk pengunjung mereka yang mahu berbuka di bufet hotel terbabit.
Tema untuk bufet di W Kuala Lumpur ini adalah ‘Bazar Ramadan’ dan juadah yang dihidangkan sememangnya tidak mengecewakan dan akan membuat para pengunjung rambang mata.
Dari hidangan tempatan, Pan-Asia dan Timur Tengah, semuanya akan disajikan buat pengunjung yang berbuka puasa di hotel W Kuala Lumpur.
Semua juadah menarik & lain dari yang lain!
Antara hidangan yang dihidangkan di bufet hotel itu adalah Roti John Lobster, Gulai Kambing Keting, Kerabu Siam Telur Mayong, Salmon Sashimi, Tuna Sashimi, California Maki, Arabic Um Ali, Kebab dan banyak lagi.
Dalam pada itu, dessert yang disediakan juga tidak akan mengecewakan para pengunjung kerana mereka menghidangkan pencuci mulut yang menarik serta unik seperti kurma disaluti coklat, Blueberry Crumble Cake, Musang King Durian Gateu, Fruity Tartlet dan lain-lain.
Bahkan, W Kuala Lumpur turut menyediakan aiskrim, cendol dan ABC buat pengunjung yang mahu menyejukkan tekak mereka selepas menikmati juadah yang berat.

Harga untuk orang dewasa dan kanak-kanak
Bukan sekadar juadah yang enak-enak belaka, malah pengunjung juga dapat menikmati juadah berbuka sambil melihat pemandangan Menara Berkembar Petronas yang sememangnya menakjubkan!
Harga untuk orang dewasa adalah RM278 dan untuk kanak-kanak pula, RM139, di mana bufet ini bermula pada jam 6.30 petang.