Sebelum ini, Ira Kazar berkongsi tentang sambal sotong dimasaknya yang menjadi kegemaran suami, Syamsul Yusof serta turut berkongsi petua di dapur yang diamalkannya.
Anak pelakon Kazar Saisi itu dilihat seronok menjawab soalan pengikutnya di Instagram malah dilihat sudah menukar semula akaun tersebut kepada mode public.
Menerusi story, Ira dilihat menjawab pelbagai respon termasuklah komen daripada seorang individu yang seperti menyindirnya berkongsi tentang resipi yang sudah biasa dan diketahui ramai.
Benda senang orang semua tahu dah. Cuba bagi resepi yang susah susah sikit.
Bukan itu sahaja, ada individu yang turut memujinya kerana begitu teliti ketika beada di dapur dan sewaktu setiap proses untuk memasak.
Dalam pada itu, nampaknya ramai yang menjadikan masakannya inspirasi dan turut berkongsi gambar hasil sambal sotong yang mereka masak gara-gara perkongsian Ira itu.