Buah-buahan seperti pisang, avocado dan pelbagai buah sememangnya enak dimakan ketika ia betul-betul masak ranum.
Namun, anda hanya ada beberapa hari untuk guna dan habiskan kesemua buah yang telah masak sebelum ia bertukar kehitaman dan mula menarik lalat dan ulat buah.
Tahukah anda kitaran hidup pisang lebih banyak berlaku berdasarkan perubahan warnanya. Dalam proses pematangan, ia akan mempengaruhi rasa manis dan juga sistem percernaan manusia.
Untuk mengelakkan pembaziran berlaku, anda boleh cuba pelbagai jenis resipi yang bersesuaian dengan buah pisang.
Smoothie Banana Peanut Butter (Mentega Kacang Pisang Smoothie)
Smoothie yang sedap biasanya menggunakan pisang yang matang dan tidak lembik dan resipi yang ringkas ini mempunyai khasiat tertentu.
Mentega kacang, yogurt, susu badam dan sedikit kayu manis akan menambahkan lagi kesedapan smoothie malahan ia membantu menstabilkan pengaliran darah.
Smoothie Peanut Butter sangat mudah disediakan dan sesuai untuk sarapan pagi atau makanan ringan selepas bersenam.
Banana Cookies (Biskut Berperisa Pisang)
Jangan dibuang pisang yang telah masak kerana jika masih boleh dimakan, pisang mempunyai gula semulajadi yang sangat manis untuk membuat cookies.
Resipi Banana Cookies sangatlah mudah untuk dibuat dan sesuai untuk hidangan minum petang.
Banana Oatmeal Pancakes (Lempeng Oatmeal Pisang)
Pancakes adalah sejenis resipi yang cepat disediakan dan ia sesuai untuk sarapan pagi hujung minggu. Pisang dan oat digunakan sebagai ganti tepung gandum untuk menjadikan ia resipi yang lebih sihat.
Tips untuk mendapatkan tekstur yang fluffy ialah dengan memasukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar selama beberapa minit.
Jangan lupa tambahkan madu, ekstrak vanilla dan sedikit kayu manis untuk mendapatkan rasa yang manis yang perfect.
Yummyyyy, resipi yang sedap, sihat dan senang jerrr..
Join Telegram Amazing Nara untuk info yang menarik!
SUMBER