Ada Pihak Nak Jatuhkan Maruah Saya – Tasha Shilla

Hiburan

Ada Pihak Nak Jatuhkan Maruah Saya – Tasha Shilla

Maruah untuk seorang wanita adalah perkara yang amat penting. Apabila gambar separuh bogel yang mirip dengan diri anda disebarkan, sudah tentu maruah yang ada dalam diri hilang begitu sahaja. Walaupun kemungkinan gambar tersebut dimanipulasi dan bukannya gambar ‘real’, sedikit sebanyak ia tetap memburukkan nama anda. Itulah yang terjadi kepada Tasha Shilla apabila gambar separuh bogel yang didakwa miliknya tersebar baru-baru ini.
tasha shillaLaporan polis sudah pun dilakukan bagi menyiasat pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut..Namun bagi Tasha Shilla, penyebaran gambar tersebut membawa maksud ada pihak yang tidak senang dengannya dan sengaja mahu menjatuhkan maruah dirinya. Gadis cantik seperti Tasha pasti ramai yang cemburu. Asal ada sahaja peluang, pasti akan digunakan untuk menjatuhkan Tasha. Kata Tasha:-

Saya sudah buat laporan dan serahkan kes ini kepada pihak polis. Di balai polis mana? Tak perlulah tahu. Biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan. Perkara ini privasi saya dan ia melibatkan maruah saya dan saya tidak mahu komen apa-apa sebab bimbang kenyataannya nanti dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Saya kecewa dengan pihak yang ingin menjatuhkan maruah saya tetapi saya hanya mampu berdoa dan menjalani kehidupan seperti biasa. Terpulang pada masyarakat hendak kata apa. Apapun, benda yag terjadi ini buat saya lebih kuat dan tabah.

Ini bukan kali pertama nama saya dikaitkan dengan kes jenayah. Saya berdiam bukan bermakna saya tidak mengambil berat kes ini tetapi biarlah saya berjuang dalam diam. Susah senang biar saya tanggung sendiri.

Saya tak tahu (ada pihak sengaja sabotaj). Saya hanya berdoa pada Allah. Saya bersyukur kerana saya mempunyai keluarga yang sendiri menyokong saya

Advertisement

tasha shilla

Walaupun dunia hiburan tanah air kita tidaklah sebesar mana, namun terlalu banyak kontroversi dan perkara tidak masuk akal yang sering berlaku. Jadikanlah ia sebagai pengajaran dan iktibar. Tak kisahlah sama ada gambar itu ‘real’ atau dimanipulasi, kita sebagai pengguna teknologi terkini (handphone canggih) dan sebagainya, haruslah sentiasa berhati-hati apabila menangkap sebarang gambar. Tiba-tiba kalau telefon kena pecah masuk, habis terbongkar segala rahsia dan tersebar segala gambar di dalamnya. Tak gitu? Kepada Tasha, bertabahlah. Ini semua dugaan dan ujian buat anda.

izieP.S: Inspired clothing terkini di www.iziefashion.com :) All items ready stock. DISCOUNT 5% bagi setiap pembelian dan FREE POSTAGE bagi order RM150 dan ke atas. Lebih banyak design yang berkualiti dengan harga yang berpatutan di website IzieFashion, Facebook IzieFashion & Instagram IzieFashion ^_^. 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...