April 2nd, 2014

Ya kasihan sungguh menjadi Shila Amzah. Namun itulah yang harus ditempuh untuk bergelar seorang “superstar“. Kalau anda perasan kebelakangan ini gambar Shila Amzah memakai “legging” ketika membuat persembahan di China telah tersebar. Kebanyakan para peminat Shila melahirkan rasa kekecewaan mereka kerana penampilan Shila tampak seperti hanya memakai skirt pendek dan bertudung.

shila amzah seksi

Diminta mengulas mengenai kontroversi ini, pengurus Shila Amzah, Ong Peng Chu mendakwa ada pihak yang sengaja mahu memsabotaj penyanyi ini. Kata Ong kepada Harian Metro:-

Sebenarnya dia pakai seluar berwarna coklat. Ada orang sengaja nak buat cerita tak betul. Ketika gambar diambil dia terbabit dalam sebuah program TV dan memang jelas dia memakai seluar. Boleh lihat di YouTube. Rasanya gambar yang disebarkan itu sudah diubahsuai

Saya sangat tak faham kenapa orang nak buat begitu? Ia (gambar) diambil daripada rakaman program TV yang mempromosikan bakat Shila. Di sini Shila banyak mempromosikan Malaysia, di Malaysia pula orang nak jatuhkan dia.

shila amzah seksi

Ayat terakhir daripada pengurus Shila Amzah itu memang pedih dan makan dalam sungguh. Abang Nara percaya Shila memakai seluar dan bukannya “legging” seperti yang diwar-warkan. Perlu diingatkan apabila buat “screenshot” daripada YouTube, memang tak sama dengan apa yang kita lihat kerana kualiti gambarnya yang jauh lebih rendah. Abang Nara percaya Shila tidak akan merosakkan imejnya dan juga imej Malaysia dengan berpakaian tidak senonoh. Kepada Shila, tabahlah dengan dugaan sebegini.

P.S: Tips penjagaan bateri kereta


Comments are closed.

Loading...