Beberapa Pihak Didakwa Mengenakan Cas RM800 Untuk Satu Dos Vaksin

COVID-19

Beberapa Pihak Didakwa Mengenakan Cas RM800 Untuk Satu Dos Vaksin

Isu pemberian vaksin ‘kosong’ yang kecoh baru-baru ini mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga satu siasatan telah dilakukan dan individu yang didakwa menerima vaksin kosong terbabit diminta hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) untuk mengambil vaksin semula.

Terbaru, perbuatan menjual vaksin yang disediakan oleh kerajaan pula berlaku di beberapa buah PPV di sekitar Lembah Klang.

Advertisement

Menurut laporan Sinar Harian, sumber daripada KKM mendedahkan bahawa segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang menjual vaksin bermula dari RM200 sehingga RM800 untuk satu dos.

Harga yang ditawarkan oleh penjual vaksin haram adalah sangat tinggi sedangkan kerajaan telah menyediakan vaksin ini secara percuma buat rakyat Malaysia.

“Semua ini dilakukan sebab tamak untuk buat duit tepi secara mudah”.

“Apa yang difahamkan, ada kelompok yang tidak bertanggungjawab ini sangat berani kerana mereka menjual secara face to face atau bersemuka secara terus”.

Menurut sumber, sindiket terancang ini mengambil stok vaksin yang telah disediakan oleh pihak KKM untuk PPV yang berada di sekitar Lembah Klang dan kemudian dijual kepada individu yang sanggup membelinya.

Tambahnya, sindiket ini sangat licik kerana mereka menukar nama penerima di dalam sistem pendaftaran sistem vaksin bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

“Ada juga yang menjual vaksin ini dengan mengambil daripada slot allocation atau peruntukan kepada individu yang tidak dapat datang pada hari temujanji kerana mempunyai urusan lain”- katanya.

Menurut sumber lagi, kegiatan penjualan vaksin secara haram ini mungkin berlaku di tempat tertentu yang hanya melibatkan pihak yang berada di lokasi PPV berkenaan.

Mengulas berkenaan sama ada kegiatan ini berjaya dikesan, sumber menjawab, terdapat dimana kes ini dapat dikesan sendiri oleh petugas lain atau orang ramai membuat aduan kepada pihak KKM.

Tambahnya lagi, memang tidak dapat dinafikan, ada petugas dalaman sendiri yang melakukan kegiatan penjualan vaksin haram ini seperti mana dilaporkan pihak media.

“Namun kes seumpama ini semakin berkurangan sebab ramai yang ‘kantoi’ dan ia tidak berbaloi jika ditangkap. Ia sangat berisiko”- katanya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...