August 7th, 2017

Amboi. Daring betul peminat-peminat wanita Hisyam Hamid ini. Mentang-mentanglah Hisyam Hamid hensem, gagah dan macho. Sampai ada yang sanggup untuk bermadu. Ish,ish,ish. Tak baik tau cuba merosakkan rumahtangga orang. Minat tue minatlah jugak, janganlah sampai cuba menjadi orang ketiga dalam perkahwinan para pelakon kita. Tak gitu?

hisyam hamid
Bahagia di samping isteri tercinta dan 2 orang anaknya, Hisyam Hamid menganggap semua ini adalah ujian kepadanya. Kata Hisyam:-

Tidak dinafikan ada yang berani menyatakan sedia bermadu dan meluahkan perkara itu di ruang mesej di laman sosial. Kadang-kala saya tidak pasti apakah ia sekadar gurauan atau mereka benar-benar maksudkan?

Namun, terbabit dalam bidang ini, saya anggap godaan itu sebagai ujian, selain berusaha menetapkan iman agar tidak tergelincir. Paling utama adalah nawaitu kerana saya bekerja demi mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak.

Masa saya banyak dihabiskan untuk bekerja dan bersama keluarga. Saya mohon dijauhkan daripada semua itu

hisyam hamid

Alhamdulillah. Walaupun sudah berjaya dan popular, Hisyam Hamid tidak lupa akan segala pengorbanan isteri dan anak-anaknya. Hisyam tidak hanyut dengan kepopularitian yang diterimanya. Diharap pelakon-pelakon lelaki di luar sana mencontohi sikap Hisyam Hamid ini. Semoga terus istiqamah dan terus meletakkan keluarga sebagai nombor 1 di dalam hidup anda. Good job Hisyam Hamid. Sumber Berita Harian.


Comments are closed.

Loading...