“Ada Pemandu Dalamnya..” – Isu Tak Kunci Tayar Kereta Mahal Tular, Pihak DBKL Nafi Bersikap ‘Double Standard’

Kehidupan

“Ada Pemandu Dalamnya..” – Isu Tak Kunci Tayar Kereta Mahal Tular, Pihak DBKL Nafi Bersikap ‘Double Standard’

Semalam, tular hantaran luahan hati seorang individu mengenai pihak berkuasa bersikap ‘double standard’ susulan hanya mengunci tayar kereta Bezza tetapi tidak mengunci tayar kereta mahal.

Pihak DBKL perjelas isu kunci kereta Bezza tapi tidak kunci kereta mahal

Susulan luahan tersebut sudah tular di platform media sosial, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tampil perjelaskan mengenai tindakan yang diambil oleh penguatkuasaan pada 11 November di sekitar Jalan Telawi 1, 3 dan 4, Bangsar adalah mengikut SOP tanpa ada sebarang ‘pertimbangan khas’.

Advertisement

Melalui platform Facebook DBKL, sebanyak 13 kenderaan telah dikenakan tindakan dengan mengunci roda, termasuk kereta jenama Proton Bezza yang dirakam olehnya pemiliknya.

Tak bersikap ‘double standard’, ikut SOP DBKL

Difahamkan, pihak DBKL menjelaskan SOP mereka tidak boleh mengunci tayar ke atas kenderaan yang mempunyai pemandu di dalamnya.

DBKL ingin menegaskan bahawa kami berpegang teguh kepada prinsip keadilan tanpa ‘dwi-standard’. Semua tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah telus, tegas, dan bertujuan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan warga kota tanpa prejudis.

Jadi pihak DBKL hanya boleh mengarahkan pemilik kenderaan tersebut beralih dari tempat yang dilarang untuk parking sahaja.

pihak berkuasa bersikapn double standard
1 month ago

"Kereta Mahal Bermaksud Boleh Langgar Peraturan Ke?" - Individu Persoal Pihak Berkuasa Kunci Tayar Bezza Tapi 'Lepaskan' Kereta Mahal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...