Sejak konflik yang berlaku di antaranya dengan anak, Shila Amzah, bekas isteri ND Lala, Fauziah Sarman memilih untuk berdiam diri dan tidak lagi memberikan apa-apa kenyataan.
Namun, bagi pengikutnya di Instagram pasti sudah tahu Fauziah yang mesra dengan panggilan Mamazie sering berkongsi petikan ayat, nasihat mahu pun kata-kata yang berkait dengan kehidupannya.
Semalam, Fauziah ada berkongsi video pendek di Instagram story yang membicarakan tentang ‘orang yang hebat’ apabila dirinya disakiti oleh orang lain.
Orang yang hebat itu adalah orang yang mempunyai peluang untuk membalas dendam tetapi memilih untuk memaafkan.
Video tersebut turut memperkatakan tidak perlu untuk membalas semula kepada individu yang menyakiti kita itu kerana perkara itu akhirnya tidak membezakan diri kita dan orang terbabit.
Sehingga kini, Fauziah masih tidak bertemu dengan Shila Amzah selepas konflik penjualan rumah itu berlaku dan menerusi Instagram story, hari-harinya dilihat dipenuhi dengan menghadiri majlis ilmu bersama rakan-rakan seperti Ziela Jalil.