Panas betul dua tiga hari ini apabila nama pelakon baru Alya Iman menjadi sebutan netizen di luar sana.
Nampaknya bukan warga net saja yang galak memberikan komen dan pendapat mengenai isu ini, malah rakan artis turut tidak terkecuali untuk tampil memberikan sepatah dua kata.
Begitu juga dengan pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai budak Ijat yang mengakui telah menerima banyak mesej pesanan daripada netizen memintanya supaya tidak menawarkan peluang lakonan kepada pelakon tersebut.
Dia yang menulis panjang di ruangan instagramnya itu pada mulanya tidak mengetahui apa-apa mengenai kontroversi ini namun mula mendapat perhatian apabila ramai pengikutnya di media sosial memaklumkan bahawa aktres ini sebenarnya memiliki peluang yang cerah dalam dunia hiburan.
“Pagi buta dah aja aku membawang. Sebenarnya abang tak ambil pot (kisah) sangat gosip ni. Tapi bila dah ramai sangat DM abang bagi amaran jangan ambil budak ni berlakon dengan abang, curious la nak tahu siapa budak ni dan apa ceritanya. No doubt she is pretty. Muda pun muda lagi. Ada chances boleh jadi macam Mira Filzah tapi apabila belum apa-apa dah timbul cerita macam ni..nasib kau la dik!”
Pengarah drama popular Nur itu turut memberitahu bahawa kontroversi murahan seperti itu sememangnya boleh merosakkan karier seni Alya dan tidak mustahil akan membuatkan dia terus menyepi dalam dunia hiburan selepas ini.
Dia yang turut memesan tidak kepada Alya sahaja namun kepada mereka di luar sana yang selepas ini bercita-cita untuk terjun ke dalam dunia hiburan supaya sentiasa menjaga diri dan turut berharap supaya kes seperti ini akan menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua pihak.
Dalam pada itu, Shahrulezad turut meminta netizen di luar sana untuk tidak tketerlaluan dalam memberikan kecaman dan nasihat sehingga ada yang mencapai tahap menghina keluarga dan Allahyarham Azmil Mustapha iaitu ayah kepada Alya Iman.
“Tapi kecam sikit-sikit sudahlah asalkan anak-anak gadis sekarang rasa takut nak mengacau rumah tangga orang dan mengikis harta orang lain. Yang penting jangan sampai menghina keluar dan arwah ayah budak tu..kasihan arwah!” – Budak Ijat