“Ada Orang Nak Rampas Takhta Artis Nombor 1 Saya” – Video Aliff Syukri Berduet Dengan Ira Kazar Nyanyi Lagu Kesetiaan Curi Tumpuan

Kehidupan

“Ada Orang Nak Rampas Takhta Artis Nombor 1 Saya” – Video Aliff Syukri Berduet Dengan Ira Kazar Nyanyi Lagu Kesetiaan Curi Tumpuan

Usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri tumpuan ramai apabila dia memuat naik video berduet bersama bekas isteri pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar di Instagram.

Dalam video tersebut, Ira dan Aliff dilihat menyanyikan lagu Kesetiaan nyanyian asal Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.

Advertisement

Usahawan kosmetik itu juga sempat berseloroh apabila dia mengatakan Ira cuba merampas ‘takhtanya’ sebelum ini.

Nampak gayanya ada artis cuba merampas takhta saya sebagai artis nombor satu. Tak apa kita kasi ruang kat Ira Kazar berduet dengan saya. Suara siapa lagi sedap, ikhlas ya awak.

Perkongsian Aliff itu kemudian menuai pelbagai respon dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat dua-dua personaliti itu.

Ada juga yang bergurau agar Datin Seri Shahida ‘berhati-hati’ kerana mungkin bakal mempunyai madu disebabkan hantaran tersebut.

Netizen juga memuji kelunakan suara Ira Kazar yang kelihatan bersahaja menyanyikan lagu popular itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fattah amin kerja kedai perap daging
6 hours ago

"Tindakan Saya Mungkin Mengejutkan Rakyat Malaysia" - Fattah Amin Kerja Keras, 'Bawa Diri' Jual Kambing Perap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...