“Ada Orang Kata Saya B*doh” – Wan Maimunah Terkilan Terpaksa ‘Mengemis’ Minta Bayaran Dari Pihak Produksi

Hiburan

“Ada Orang Kata Saya B*doh” – Wan Maimunah Terkilan Terpaksa ‘Mengemis’ Minta Bayaran Dari Pihak Produksi

Pelakon veteran wanita, Wan Maimunah meluahkan rasa kecewa apabila beliau tidak pernah menerima bayaran setimpal dengan hasil kerja yang dilakukan.

Malah, pelakon berusia 65 tahun itu merasakan dia sepatutnya layak menerima bayaran lebih daripada apa diberikan pihak produksi.

Advertisement

Menurut laporan Mstar, Wan Maimunah berkata ada segelintir produksi yang bersikap culas apabila membuat pembayaran sehingga terpaksa ‘menggemis’ bagi mendapatkan bayaran.

Biasanya ibu memang tak ambil deposit sebab bayarannya pun tak seberapa tapi itu pun ada yang liat nak bayar sampai terpaksa meminta-minta.

Wan Maimunah atau lebih mesra dipanggil ibu itu turut berkata bukan sahaja bayaran diberikan tidak setimpal dengan usaha diberikan, malah terpaksa meminta untuk menambah bayaran meskipun tidak kisah bayaran dibuat selepas semua kerja selesai.

Ada orang kata ibu bodoh, tapi ibu bukan jenis kisah sangat sebab berapa pun bayaran diberikan itu adalah rezeki dari Allah.

Bagaimanapun, pelakon filem Frontliner itu tidak menyalahkan pihak produksi, sebaliknya merayu agar penerbit lebih peka dan turun padang bagi mengambil tahu tentang perjalanan sesebuah projek agar tiada sesiapa yang teraniaya.

Dalam pada itu, Wan Maimunah memaklumkan dia telah memaafkan dan menghalalkan semua pihak yang belum melunaskan bayaran kepadanya sebelum ini.

Rezeki semua terletak pada Allah, ibu tak nak buka aib sesiapa, tapi ibu sudah halalkan semuanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Gaya Dia, Rambut Dia" - Menari Sakan, Aedy Asyraf 'Kantoi' 'Check In' Kelab Malam?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...