Tular di media sosial foto dan video rakaman selepas berlakunya kejadian tembakan rambang di pusat membeli belah Siam Paragon di Bangkok, Thailand.
Suasana tiba-tiba bertukar huru hara dengan pengunjung berlari keluar dari Siam Paragon dan difahamkan suspek telah pun ditahan pihak berkuasa tempatan.
Apa yang berlaku?
Siam Paragon merupakan destinasi popular di bandar itu dan ia dipenuhi ramai pengunjung terutamanya pelancong dari luar negara.
Ketika orang ramai sedang meluangkan masa di pusat beli belah tersebut, tiba-tiba tembakan rambang berlaku dan menukarkan suasana menjadi kacau bilau.
????????????????? #??????? pic.twitter.com/lN15oxGa68
— D.weii_ (@Dweii_ii) October 3, 2023
Kejadian itu berlaku petang semalam dan pengunjung kemudian berlari keluar, ada yang menyorok di dalam kedai dan tandas kerana ketakutan.
Menurut Ketua Polis Thailand, Torsak Sukvimol, kejadian itu menyebabkan dua wanita maut (dari China dan Myanmar) makanala lima individu cedera.
Mangsa yang cedera pula merupakan tiga warganegara, seorang warga China dan seorang dari Lao.
Suspek merupakan remaja dan masih bersekolah
Seorang lelaki berusia 14 tahun dilaporkan telah ditahan selepas menyerah diri di lokasi kejadian dan memiliki sepucuk pistol bersamanya.
Kata Torsak, remaja yang masih bersekolah dan merupakan pesakit mental itu kini ditahan reman namun kelihatan seperti keliru dan enggan disoal siasat.
Suspek yang merupakan pesakit di Hospital Rajavithi itu mendakwa ternampak seseorang yang berwajah sepertinya dan menyuruhnya berbuat begitu.
Dia sudah lama tidak makan ubatnya. Dia kata ada seseorang serupa sepertinya memberitahu siapa yang perlu ditembak.
UPDATE: Video of the 14 year old shooter who got arrested for killing at least 3 people at Siam Paragon Mall. pic.twitter.com/KUyj4kAx3D
— Insider Corner (@insiderscorner) October 3, 2023
Cerita saksi di tempat kejadian
Jakkraphan Nakharisi, 29, merupakan penjual aiskrim di sebuah kedai di pusat beli itu berkata pada mulanya dia tidak tahu bahawa bunyi bising didengarinya adalah bunyi tembakan.
Tidak tahu mahu ke mana, di serta merta menyorok di belakang tong aiskrim namun dia kemudian berlari keluar kira-kira 10 minit selepas tembakan berlaku.
Ada 4-5 bunyi tembakan dan senyap. Kemudian bunyi lagi dua tembakan dan saya dengar seseorang di dalam kedai saya menjerit, ‘Ada tembakan rambang'”.
Pelancong dari UK, Palmyra Kownack, 61, berkata bunyi terlalu bising dan huru hara jadi orang ramai tidak tahu jika hanya seorang (suspek) atau satu kumpulan yang terlibat.
Selain itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) turut berada di lokasi kejadian bersama dengan isteri dan anak-anaknya ketika tembakan itu berlaku.