“Ada Niat Pun Dianggap Dosa..” – PU Syed Nasihat Netizen Jangan Jatuhkan Hukum Sesuka Hati, Minta Fatiya Muhasabah Diri

Kehidupan

“Ada Niat Pun Dianggap Dosa..” – PU Syed Nasihat Netizen Jangan Jatuhkan Hukum Sesuka Hati, Minta Fatiya Muhasabah Diri

Sejak kebelakangan ini, aktres sensasi Fatiya Latiff sering kali menjadi perhatian warganet dan baru-baru ini dirinya telah mengugut untuk murtad. Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed pula tampil menegur sikap sesetengah netizen yang bersikap keterlaluan terhadap pelakon itu.

Netizen bertanggungjawab

Menurut Syed, jika ugutan Fatiya untuk keluar dari Islam itu benar terjadi kerana kecaman netizen, maka mereka akan bertanggungjawab sekaligus menanggung dosa atas perbuatan tersebut.

Advertisement

Tambahan pula, dia juga mengingati orang ramai agar tidak terus menerus menghukum aktres tersebut meskipun telah membuat kesalahan. Lebih baik menasihati dan mendoakan daripada mengecam dan menjatuhkan hukum sesuka hati.

Kalau disebabkan kecaman netizen atau menjatuhkan hukum sesuka hati, maka netizen juga akan dipertanggungjawabkan jika Fatiya keluar dari agama disebabkan tekanan daripada orang ramai.

 

Walaupun Fatiya ada melakukan kesalahan, namun netizen tidak ada hak untuk mengecam perkara yang tidak melibatkan perbuatannya, seperti mengutuk fizikal dan sebagainya. Nak menegur, tegur perbuatan. Bukan tegur individu tersebut secara peribadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Niat juga berdosa

Selain itu, Syed juga menegur kenyataan yang dikatakan oleh Fatiya berkaitan niat ingin murtad itu. Hal tersebut dipandang serius dan jika disebabkan sesuatu perkara itu menjadi asbab untuk pelakon itu melakukan dosa, maka tidak dibenarkan mengikut hukum syarak, jelasnya.

Bagi Fatiya pula, bila dia sudah ada niat untuk keluar daripada agama, perbuatan tersebut sudah pun dianggap berdosa kerana dia telah berjanji untuk buat kekufuran terhadap Allah SWT.

 

Cuma Fatiya belum lagi jatuh murtad. Sekadar syarak tidak membenarkan. Islam sendiri telah mengajar kita untuk memperbanyakkan bersabar.

 

Kita tidak berada di tempat dia dan tidak tahu situasi yang dialaminya. Apa yang boleh saya nasihatkan, banyakkan bersabar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Terdahulu, Fatiya Latiff telah berkata dirinya tidak teragak untuk keluar agama kerana sering diserang dan dikritik secara melampau oleh warganet di media sosial.

fatiya
9 months ago

"Kafir Itu Tuduhan Yang Kasar, Saya Masih Amalkan Ajaran Islam" - Fatiya Latiff Nafi Dakwaan Sudah Keluar Agama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...