Ada Masalah Cinta? Ini Nasihat Yuna Buat Anda

Hiburan

Ada Masalah Cinta? Ini Nasihat Yuna Buat Anda

Semua kenal dengan Yuna bukan? Mula mencipta nama menerusi lagu Dan Sebenarnya kini beliau sudah menjadi bintang antarabangsa dan mempunyai single bersama penyanyi terkenal Usher.

Advertisement

Pernah bercinta sebelum ini tetapi putus di tengah jalan, Yuna enggan terlalu menderita dan menganggap kegagalan dalam percintaan bukan salah sesiapa tetapi kerana sudah tiada jodoh. Yuna berkata demikian kerana ingin menasihati golongan muda sekarang yang sedang berhadapan dengan masalah percintaan.

Jika anda mempunyai masalah cinta, fikirkanlah mengenai insan yang sentiasa berada di sisi anda tidak kira apa saja yang berlaku. Kadang-kala jatuh cinta dan kemudian dilukakan oleh pihak lain adalah salah satu cara untuk kita belajar menghargai diri sendiri.

Kalau orang yang anda cintai meninggalkan anda, ia bukan salah mereka dan juga bukan salah anda. Ia hanyalah perkiraan yang sudah pun ditakdirkan.

Salah seorang sahabat saya sering mengingatkan saya dengan kata-kata ‘jaga hati dan perasaan kamu’. Orang seperti ini yang seharusnya menjadi teman anda, kerana mereka prihatin akan kebahagiaan anda.

Yuna juga berkata, cuba alihkan perhatian anda dengan membuat aktiviti lain. Ia mungkin boleh menyerlahkan lagi bakat terpendam yang anda mungkin tidak tahu.

Kekosongan di hati itu boleh dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti sendiri. Sebagai contoh, mulakan perniagaan, bawalah ibu bapa anda pergi melancong, sertailah badan-badan amal, bermain sukan, menghadiri kelas muzik atau kelas tarian. Secara tidak langsung ia akan mengasah bakat terpendam anda dan pada masa akan datang, pastinya akan ada seseorang yang layak hadir dalam hidup anda.

Tambah beliau lagi, janganlah hidup dalam kemurungan dan cuba untuk melawan perasaan anda dengan berkongsi masalah kepada orang lain. Jangan sampai anda terlalu derita sehingga menganggap kehidupan ini sudah tidak bermakna. Ini kerana, anda berhak untuk mendapat sesuatu ataupun seseorang yang lebih baik dalam kehidupan.

Fuh, memang padu betul nasihat Yuna buat peminatnya. Putus cinta bukan bermakna segala-galanya berakhir buat anda. Cubalah untuk menikmati kehidupan yang ada dan satu hari nanti pasti akan ada seseorang yang betul-betul sesuai untuk dijadikan teman hidup.

Sumber Berita : BH ONLINE  & Facebook Yuna

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...