Ada Manusia Sanggup Buat Apa Saja Untuk Menutup Khilaf Diri-Aliff Aziz

Hiburan

Ada Manusia Sanggup Buat Apa Saja Untuk Menutup Khilaf Diri-Aliff Aziz

Nampaknya banyak pengajaran yang diperoleh Aliff Aziz berikutan isu diserbu di sebuah pusat karaoke oleh isterinya Bella Astillah ketika berduaan dengan Afifah Nasir. Pernah dikenali sebagai bad boy industri hiburan, segalanya sekan berubah apabila Aliff bertemu Bella dan beberapa tahun lepas.

Setelah bertemu Bella, Aliff memberitahu dia telah berubah dari seorang artis yang diketahui sering menimbulkan masalah sebelum itu kepada seseorang yang berbeza.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Advertisement

Namun begitu, perubahan yang diumumkan tidak kekal lama apabila isterinya mendapati Aliff keluar dengan seorang pelakon wanita yang bergandingan bersamanya dalam drama Izinkan Aku Mencintaimu yang dijadualkan untuk tayangan di RTM.

Isterinya Bella telah menyerbu Aliff yang ketika itu berada di sebuah bilik karaoke VIP di sebuah pusat karaoke Cheras dan pergelutan yang berlaku antara mereka suami isteri selepas itu menyebabkan Bella mengalami kecederaan. Aliff telah mengakui kesalahannya selepas itu tetapi Afifah tidak mengaku ke bilik karaoke itu kerana skandal dengan Aliff, sebaliknya hanya mengikut arahan produksi untuk berbuat baik dengan Aliff.

Bercakap mengenai peristiwa itu, Aliff memberitahu BH Plus ada individu yang tidak mahu dilihat bersalah oleh masyarakat:

Saya lihat ada manusia yang sanggup buat apa saja untuk kepentingan dan menutup khilaf diri.

Aliff percaya ini memberi kesan kepada reputasinya sebagai pelakon di masa hadapan:

Saya percaya buat masa ini, heroin lain pun akan berhati-hati jika dapat tahu akan bergandingan dengan saya. Begitu juga dengan saya.

Aliff bagaimanapun, enggan digandingkan dengan Afifah dalam drama lain selepas ini:

Namun, secara khusus buat pelakon itu (Afifah Nasir), gandingan kami ini mungkin yang pertama dan terakhir. Noktah.

Saya berbuat begitu kerana mahu mengelak kesan dan perkara lama terbuka semula. Lebih baik saya jauhi.

Wah, perkara apa ya? Bagaimanapun semuanya telah berlalu tetapi Aliff tidak serik untuk bekerja dengan produksi yang sama:

Saya pula tidak serik untuk bekerja dengan produksi ini. Namun, dengan apa yang terjadi dan andai ada peluang bekerjasama di bawah produksi sama, saya kena lebih berhati-hati.

Saya juga berharap produksi ini tak serik untuk menawarkan saya peluang berlakon lagi.

Pernah dikaitkan dengan selebriti seperti Anne Ngasri dan Adira sebelum berkahwin dengan Bella, diharap Aliff benar-benar akan mengotakan janjinya untuk berubah selepas ini, demi isteri dan bayi lelaki mereka yang berusia sebulan beberapa hari lepas.-beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...