Pelakon, Beego meluahkan rasa terkejut apabila menerima berita bahawa isterinya, Linda Hashim telah memfailkan penceraian.
Menurut Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, pihaknya tidak menerima sebarang notis atau makluman mengenai perkara itu.
Salam semua, terkejut pagi ni dengar kenyataan isteri yang saya dimaklumkan tentang kes mahkamah.
Tidak ada pemberitahuan dan notis dari pihak guaman Nurul. Ada mana-mana peguam yang boleh wakilkan saya?
View this post on Instagram
Terdahulu, Linda hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendirian tanpa kelibat suaminya, Beego.