August 17th, 2020

Mendedahkan percutiannya bersama keluarga berdepan masalah apabila pusat peranginan atau resort milik usahawan kosmetik sensasi Dato Aliff Syukri yang didiami mereka selama beberapa hari penuh dugaan, Instafamous Abudi Alsagoff tampil mendakwa percutiannya di Sugeh Hill Resort amat memeritkan.

resort aliff syukri kotor

Katanya lagi, pekerja Aliff juga memberi layanan yang kurang memuaskan biarpun bayaran yang dikenakan seakan tidak setimpal dengan apa yang diberikan.

“Mungkin Dato Aliff kena pantau lagi pekerja-pekerja di resort Dato. Kesian invest puluh-puluh juta, service dan tempat disampahkan.”

Ujar lelaki itu, kediaman yang didiaminya juga dilihat penuh dengan sampah sarap, kotor dan membahayakan.

“Kat lobby tempat greet guests, air yg disediakan dah habis (okla tunggu refill). Masalahnya bocor ke apa menitik habis basah lantai and staff punya solusi? letak kain. budak2 lari bila sampai.. kalau ada yg jatuh terhentak kepala (nauzubillah).”

Bagaimanapun, selepas kisah itu ditularkan oleh individu terbabit, kes itu khabarnya mendapat perhatian Aliff sehingga beliau dikatakan bertindak menyeru Abudi untuk memadam posting yang dimuat naik olehnya.

Abudi yang difahamkan agak terkilan dengan servis serta layanan yang diberikan turut kecewa dengan tindakan jutawan tersebut.

Bagaimanapun, Aliff dilihat turut mengugut Abudi andai tidak memadam posting berkenaan kerana difahamkan Aliff ada menyimpan beberapa bukti serta rakaman CCTV yang mempamerkan sikap individu terbabit sepanjang menginap di sana.

Malah, Abudi juga sempat memuat naik beberapa posting yang menyaksikan resort tersebut dipenuhi sampah sarap dan lipas di dalam peti sejuk.

Dalam pada itu, beliau juga dilihat enggan mengesyorkan tempat peranginan tersebut kepada orang ramai kerana segala yang diterimanya amat tidak berbaloi.


7 responses to ““Ada Lipas Dalam Peti Ais” – Beri Layanan Buruk Pada Pengunjung, Resort Aliff Syukri Didakwa Kotor Dan Tidak Selamat”

  1. Laila says:

    Lain kali takyah pergi resort. Mmg gaya macam tu. Orang kaya gi la hotel 5 star

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...