Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ada Lelaki Nak Melamar Dan Merisik Saya Cuma Tak Pasti Niat Sebenar Mereka – Joy Revfa

Kisah perceraian pengasas kosmetik Joy Revfa dan bekas suaminya, Hafiz Hamidun boleh dikatakan antara kontroversi terhangat tahun lalu. Setelah beberapa bulan menghadapi kemelut rumah tangga, akhirnya pasangan ini sah bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017 dan tiada tempoh iddah.

Advertisement

Mempunyai wajah yang jelita dan merupakan seorang wanita yang berjaya, ada yang tertanya jika Joy sudah bertemu pengganti ataupun tidak?

Joy mengakui beliau sebenarnya sudah beberapa kali dilamar dan dirisik tetapi pintu hatinya masih belum terbuka untuk berkahwin lagi dan hanya ingin memberikan fokus kepada anak dan kerjayanya.

Tipu sangat jika saya katakan tiada cubaan melamar, malah ada yang sudah cuba merisik kepada ibu saya sendiri. Namun tidak pasti apa niat sebenar mereka. Buat masa ini saya hanya mahu memberi fokus kepada anak dan kerjaya dulu.

Dalam memilih pasangan hidup, tentunya Joy harus lebih berhati-hati agar kegagalannya dalam rumah tangga sebanyak dua kali sebelum ini tidak berulang lagi.

Advertisement

Mungkin satu hari nanti, ada juga lelaki yang benar-benar menyayangi Joy dan anaknya tanpa mengira status mahupun kekayaan yang beliau miliki. Tidak perlu terburu-buru kan?

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 Comments

  1. anon

    July 3, 2018 at 9:33 am

    again ???? plsss lah tak perlu layan dia ni lahh weii

  2. Anonymous

    July 3, 2018 at 8:42 am

    pompuan ni suka buka kisah “kelambu dn spender”..jika bercerai.

    Lelaki takut mah.

  3. Anonymous

    July 3, 2018 at 8:41 am

    mental sapa mau.

  4. Joyah Aribaba

    July 3, 2018 at 5:03 am

    Apa cerita dengan Tan Sri Abdul Rauf tu? BF imaginary dia dah tamat ke? Ingat lagi dia so Joyah ni rajin amik gambar daripada Google dan jadikan bahan updates untuk kisah kisah al romantiknya? Hahahahahahaha…… Dia ni harap make up jer, kalau tanpa serbuk tiga kg dia, memang dia tak berani keluar rumah pun? Dia ni lebih kurang macam si Sajjad tu juga, dua dua kaki kelentong, cakap besar nombor satu!?

    • Anonymous

      July 3, 2018 at 8:54 am

      miss kepoh ke nih? wujudkanlah akaun balik plisss
      dahaga gosip nih kikiki

  5. Anonymous

    July 3, 2018 at 1:05 am

    Dia ni nak kata cantik, biasa2 ja. Tp bab fesyen mmg fail sgguh la. Terus nampak hodoh. Urm, nara xpayah la kot up story pasal dia ni. Bukan artis pun.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama