Ada Lebih 40 Kelab Malam, Golok Jadi Tumpuan Ramai Pelancong Dari Kelantan Pada Hujung Minggu – Ahli Parlimen Thailand

Kehidupan

Ada Lebih 40 Kelab Malam, Golok Jadi Tumpuan Ramai Pelancong Dari Kelantan Pada Hujung Minggu – Ahli Parlimen Thailand

Dahulu sunyi sepi namun kini bandar sempadan, Golok kembali ‘happening’ dan menjadi tumpuan kehadiran pelancong Malaysia, terutamanya dari Kelantan.

Menurut ahli parlimen bagi daerah Golok dan Takbai, Amin Mat Yusof, Golok menjadi tarikan rakyat Malaysia khususnya warga Kelantan kerana kemudahan dan keselesaan ditawarkan di kelab malam dalam hotel.

Advertisement

 

Ramai anak muda Kelantan datang hujung minggu

Lebih-lebih, apabila baru-baru ini 40 pusat hiburan dihidupkan semula dan tiga daripadanya beroperasi di hotel membuatkan semakin ramai anak muda dari Kelantan yang datang berhibur pada hujung minggu.

Orang ramai datang ke sini untuk berhibur, bersantai, dan menikmati suasana malam. Tak semua yang datang ke sini terlibat dengan aktiviti negatif seperti penyalahgunaan dadah.

kelab malam Golok

Bagaimanapun, katanya keseronokan itu tergugat minggu lalu apabila pihak berkuasa membuat operasi besar-besaran di beberapa pusat hiburan dan telah menahan enam warga Malaysia selain turut merampas 6,000 pil kuda di sebuah hotel.

Operasi besar-besaran ini bertujuan memberi amaran keras kepada semua pemilik kelab malam agar tidak membenarkan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dalam premis mereka.

“Jika dadah ditemui di mana-mana premis, lesen operasi mereka akan digantung selama lima tahun,” kata Amin.

rakyat Malaysia ditahan pil kuda Golok

kelab malam Golok

Sejak operasi polis dan tangkapan tersebut berlaku, jumlah pengunjung telah menurun dan beberapa kelab malam kini mengalami kekurangan pelanggan yang ketara. Justeru, Amin menggesa masyarakat supaya tidak menilai industri hiburan Golok hanya berdasarkan kes-kes sebegitu.

Jika keseluruhan industri dihukum akibat kesalahan segelintir individu, ia boleh menjejaskan ekonomi tempatan.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi Facebook turut akui trend anak muda Kelantan berhibur di Golok, Thailand memang benar-benar berlaku dan perkara itu tidak akan berakhir.

 

1 month ago

Rampasan 6,000 Biji Pil Kuda Untuk Diedarkan Kepada Penagih Di Kelantan, Ada Kaitan Sindiket Dadah - Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NST

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...