Pelakon remaja yang menjadi mangsa sindiran rakan industri, Qistina Raisah tampil memberi respon mengenai isu dan kontroversi yang melanda dirinya itu.
Maklum Qistina, dia sememangnya tidak mempunyai masalah dengan pelakon Puteri Balqis yang didakwa telah menyindirnya serta mencari pasal.
Saya tak nak cakap banyak, saya tak ada masalah dengan dia, habis macam ni sajalah. Kalau dia dah tak cakap apa-apa pada saya, saya dah tak kisah sebab saya tiada masalah dengan dia.
Katanya lagi, dia sudah beberapa hari tidak membuka media sosial kerana tidak mahu melayan komen-komen serta kecaman netizen.
Sedih sedikit sebab orang seindustri cakap begitu pada saya, sebenarnya kalau ikutkan saya tak nak hati saya busuk, dah dekat empat hari saya tak tengok media sosial, tak nak tengok komen.
Qistina juga memaklumkan bahawa dia ada menangis kerana tak sangka akan terjadi perkara seperti itu namun tidak begitu terkesan dan akan terus kekal positif.
“Netizen nak cakap apa terpulanglah, yang paling penting adalah orang terdekat sokong dan tahu keadaan sebenar” kata Qistina.
Terdahulu, nama Qistina menjadi tumpuan apabila pelakon Puteri Balqis ada memuat naik satu hantaran yang menyindir seorang pelakon remaja berusia 14 tahun.