Bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team, Suhaimi Saad memaklumkan bahawa akaun Instagram miliknya telah disekat pihak pembangun selama 30 hari.
Perkara tersebut difahamkan terjadi hasil daripada laporan pengguna media sosial yang tidak mahu sebaran dakyah-dakyah anti vaksin yang dilakukan Suhaimi itu disebarkan secara berterusan.

Namun, ujar Suhaimi, dia sama sekali tidak kisah apabila akaun Instagramnya itu kini tidak dapat diakses selama 30 hari.
Disebabkan SS (Suhaimi Saad) selalu share pasal vaksin dan kantoikan kerajaan, ada orang Islam buat report. So IG pun sekar akaun SS 30 hari. Ada ku kesah!
Status itu dimuat naik suami kepada penyanyi Ina Naim itu di akaun Facebook miliknya untuk pengetahuan peminat.
Terdahulu, figura itu memang dikenali di media sosial sebagai seorang yang terkenal dalam memberi pendapat mengenai vaksin dan pernah menggelarkan penerima vaksin sebagai lembu.
Dia dan ahli keluarganya yang lain juga dilaporkan turut tidak mengambil sebarang ubat-ubatan serta tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.
Suhaimi Saad dan isteri, Ina Naim telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Leylla Elskens
September 8, 2021 at 4:58 pm
die ni bercakap mcm dia confirm dia ahli syurga! lebih baik diam la ss. Rsnya menyesal la cikgu2 and lecturer dia dulu ajar org yg mcm ni. Mgkin wire short someone. should go and do medical check up for his better life.
Siti
September 6, 2021 at 4:35 pm
Takde ke bekas cikgu atau lecturer dia nk datang tampar muka dia pastu kata nyesal ajar dia?
Anonymous
September 6, 2021 at 8:31 am
kesian ank bini dpt laiki tingtong
Anonymous
September 5, 2021 at 9:07 pm
Kesian anak bini
kak long
September 5, 2021 at 4:44 pm
Tak kena tak pa..Esok kalau dah kena kat diri sendiri atau ahli keluarga, baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Asyik jelir lidah macam lidah biawak.